Saturday, September 20, 2014

Welcome to...uhhhh

Assalamualaikum. Hai

Hai, hai hai. Hai. Sejak dua minggu lepas aku dah selamat bergelar pelajar universiti yang namanya dirahsiakan. Okay, UMT. Sangat kelakar bila aku dapat tahu aku dapat dekat UMT ni haa. Sebab ayah aku orang sini, mesti dia dengan gembiranya ambil dan hantar aku kalau aku minta. Tapi benda bodohlah. Gedik sangat sesuka hati je menyusahkan orang tua.

Aku orang Johor. 18 tahun setengah aku menetap dekat sana, mencipta sejarah disana(cewahh). Tahun lepas aku kena angkut ke Penang sebab aku sambung matrik setahun dekat sana. Setahun duduk sana, bolehlah dikatakan aku senang duduk sana. Jadual sangat packed tapi suasana dia okay. Berbanding................ sini.

Ya, aku masih lagi nak adaptasi suasana disini. Selalunya aku boleh je adapt dengan tempat baru dengan cepat. Seminggu dua aku dah boleh ada kawan, tahun tempat, harga semua. Tapi sini? Nak cari kawan susah. Baru dua jam lepas berborak sakan then bila takde kena-mengena lagi, terus tak kenal. Senyum pun taknak. Yes, aku cakap pasal kakak yang menangis kena bahan dengan orang pastu mengadu kat aku then bila aku kena keluar palapes terus buat tak kenal. Hope you'll die in there.

Makanan? Aku makan je apa yang aku dapat sebab aku dah bayar tapi abang, kakak, makcik, pakcik, kalau nak bisnes jalan baik, tolong jaga pelanggan bebaik sikit. Aku tak kesahlah kau tengah PMS ke, baru cerai ke, sakit perut ke tapi jangan nak belagak sangat. Jangan tamak sangat. Seriously. Recently kawan aku naik van ke kelas sebab dia nak mencuba. Pepagi dia naik 40sen tapi tengah hari, time orang tak ramai dia mintak 80sen. Maybe korang cakap, "Eyyy, 80sen je" . Tapi untuk aku yang hargai setiap satu sen yang keluar, bila benda tu kena naik dua kali ganda harganya dalam sekelip mata tu memang bodoh!

Macam mana aku nak sampaikan ek? Mereka ni, mentang-mentang benda yang mereka jual tu diperlukan jadi mereka sengaja naikkan harga. Terutama sekali kepada para pelajar. Sebab bila kau tu budak U, maka kau anak orang kaya sebab mampu bayar yuran semua jadi kau pun mampu belanja duit bebanyak jadi takpelah kalau mereka naikkan harga.

Okay, benda yang aku bakal sampaikan ni mungkin agak kurang ajar tapi pihak berkuasa Terengganu, silalah jalankan tugas anda. Aku dah cukup stress dengan suasana sekitar dengan bilik yang sempit nak mampus tapi kena kongsi 4 orang, dengan layanan yang paling 'baik' aku dapat, campur dengan orang sekeliling dan harga yang mencekik darah. Aku dah cukup stress dengan semua tu, aku nak pergi tenangkan diri, jenjalan dan memandangkan UMT sebelah pantai, at least aku boleh hirup udara segar. Tapi, shit.

Kepada pihak yang bertanggungjawab Terengganu, tolonglah buat sesuatu tentang sampah-sampah yang sepah macam nokharomm tu. Aku tak tahulah maybe konsep disini yang tak kutip sampah ke apa sampai orang sini bawak sampah dari rumah campak dekat mana-mana ke apa. Atau memang sampah bersepah-sepah tu memang trademark ke apa. Seriously, shit laa. Shit.


Sekian, rant aku kali ni.
Takde gambar sebab aku tengah marah. Ingat ni buku cerita bebudak?! Maaf. Bye

Thursday, May 29, 2014

PEROKOK

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak menceritakan menyatakan kebencian aku terhadap rokok. Bukan, untuk lebih tepat, PEROKOK. Ya, aku benci perokok.


Sebagai seorang warga yang tidak merokok, aku tak paham keseronokan merokok mahupun keinginan untuk membunuh diri secara pelahan para perokok sekalian ataupun cubaan membunuh orang sekeliling dengan asap rokok. Namun, aku taknak mati sebab rokok. Aku sangat benci bau rokok. In fact, sekali aku bau asap rokok, aku menyumpah orang tu mati dengan segera. Tapi doa yang macam tu mana boleh kan? Boleh dikatakan itu isi hati aku.

Dan aku tak paham kenapa ada perempuan yang boleh tahan dengan kekasih atau suami yang merokok. Aku ambil yang senang sikit la. Aku tak tahu kenapa si awek tak tinggalkan je balak dia yang smoking. I mean, come on laa... Muka hemsem mulut gula poket tebal tapi hati gelap buat apa?

Sekarang tengah dok kecoh pasal Cadbury tu haram. Banyak juga la aku nampak si laki cakap,
Tahu Cadbury haram tapi tak tutup aurat taknak kecoh pulak
Tapi kenapa takde siapa pun nak kecoh, merokok tu makruh? Bukan ke buat sesuatu yang makruh berterusan menjadi haram? Kenapa takde sorang pun kecoh pasal kenyataan ni? Bukan aku membela si perempuan yang dedah aurat. Benda itu pun dosa tapi kali ni pasal si perokok kan?

Nak salahkan si ibu bapa yang tak mendidik anak dengan betul? Si bapa cakap jangan namun si bapa buat. Si ibu terlalu lembut dan sayangkan anaknya sangat. Nak salahkan kawan-kawan si anak. Nak buat macam mana, si kawan pun belajar dari masyarakat. Tak payah nak menunding jari. Mula dengan diri sendiri. Kalau berjaya tahan nafsu, tahniah. Anda berjaya.

Merokok ni semua nafsu. In the end, perokok ni adalah orang yang tak reti kawal nafsu. Jadi mahukah anda mendapat pasangan hidup yang tak reti mengawal nafsu? Dan aku bukan nyatakan si perokok ni lelaki sahaja, tapi perempuan pun sama saja.

Sebab ramai yang kata, merokok untuk melepaskan stress. Alasan yang sama dipakai oleh si penagih dadah, pembunuh dan penjenayah. My advise, baik ambil Al-Quran dan baca. Berimanlah kepada Al-Quran.

Terima Kasih.

Wednesday, April 16, 2014

Sharing This :: K4P5

Ehem...Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum semua. Jannjangg!!
Sekarang study week, next week dah start exam then on the 29th, aku akan tinggalkan matrik.
Perasaan? Sedih. Gembira. Excited. Keliru. Bercampur-campur umpama ABC, rojak buah dah. Atau pesembor.
Tapi bukan itu yang aku nak cakap untuk entry ni. Aku nak cerita pasal this one big family, my practicum, K4P5.
Apa aku nak cakap ya pasal kelas aku ni. Terdiri daripada 24 orang pelajar, yang asalnya ada 26, 4 lelaki dan selebihnya gadis-gadis. Kalau aku kena pilih satu perkataan untuk describe kelas aku ni, aku pilih SIBLINGS.

Kenapa siblings? Adik-beradik. Sebab bila ada adik-beradik yang ramai, pelbagai rasa lauk korang akan rasa.  Pahit, tawar, manis, masam, masin, pedas. Akan ada satu masa tu korang akan rasa semua sekaligus. Like explosion! Tapi semua inilah yang aku akan rindu. Dengan semua drama yang ada setiap hari!


Kenapa drama? Cause satu hari takde drama memang tak sah. Drama komedi ada, sinetron ada, seram, cinta-cintun klise dimasukkan dalam satu hari. So memang akan ketawa je sepanjang masa. Air mata tu bukan lagi benda asing. Air mata yang akan digelakkan juga sebab kitorang just tak boleh dipisahkan dengan kegembiraan. Hahaha, ayat aku dah start mengarut. 

Kita rindu sekolah tapi yang sebenarnya kita rindu kawan-kawan kita kan? Kita rindu nak bergurau-senda dan bermain dengan diorang. Lepak-lepak. Tapi kita akan jumpa dekat sekolah je. Dan most of our daily life will be spent with our family. Tapi dekat sini? Jauh dari parents and family, kita akan bergantung dekat kawan-kawan yang kita sentiasa bergurau-senda. Ikatan yang terbina tu akan jadi lebih kuat. Mungkin aku je yang tak pernah rasa begini sebab aku budak sekolah harian. Paling teruk aku rasa masa PLKN tapi tu 3 bulan je. Ni setahun aku makan, belaja, dok menghadap muka diorang untuk setahun. 

Dan aku bukanlah jenis yang senang nak luahkan perasaan. Aku jenis pendam so aku memang teruk bila nak luahkan apa yang aku rasa. Tapi aku sangat bersyukur diketemukan denga korang. Terima kasih dan maaf tak cukup untuk membuktikan rasa kesyukuran aku. Kalaulah aku boleh tulis apa yang aku rasa dan terbangkan ke seluruh dunia supaya semua tahu. If only I can do that.











Param diram param diram~



K4P5 - Don't Break The Bond

Last lecture with the big family

Sunday, April 13, 2014

Counting Days

Assalamualaikum.

Sekarang aku tengah mengira hari. Berapa hari lagi aku bakal menduduki PSPM 2, berapa hari lagi aku bakal meninggalkan KMPP, berapa hari lagi aku dapat bersama dengan semua kenalan aku dekat sini, berapa lama lagi aku dapat menjadi stalker.

Tiga empat minggu lepas adalah musim kemarau. Kering sana sini, sampai kebakaran berlaku tiba-tiba. Air tasik jadi kurang. Then one fine day, ribut datang. Masa tu aku baru balik dari last match untuk budak sofbol. KMPP lawan SMKSJ. Hari tu juga merupakan hari terakhir budak2 akaun niaga untuk minggu usahawan diorang. Ribut masa tu. Wahhh... Angin kuat sangat sampai semua khemah nak terbang, barang-barang pun terbang. Even duit yang diorang dok kumpul pun terbang. Rina punya rambut siap terbakar lagi sebab terkena arang yang terbang. Petang tu memang ribut sesangat. Then malam tu Harith Iskandar datang. Jannjaann... Banyak kali jugalah ribut melanda. Yelaa... Dah lama kemarau, semua dok mintak2 hujan. But the best part is lepas segala kemarau dan ribut, KMPP diceriakan dengan warna pink putih. Pokok bunga semua berbunga. Serious lawa. Bak musim bunga sakura. Dan ya, semua buat photoshoot.

Then Pn. Noriati bagitau. Sebenarnya bila dia nampak bunga ni berkembang dia tahu. Dah tiba masa kita berpisah. Yup, tinggal 3-4 minggu lagi je kitorang dekat sini. For both PST and PDT4. Seminggu lagi untuk kelas, seminggu study week means everyone either study in their room or 'study' in their dream dan seminggu untuk PSPM2. Then goodbye it is.

Kalau nak aku cerita semua perjalanan aku dekat sini memang tak laa... Either terlalu banyak atau aku sendiri dah lupa. Hahaha...
Sebab dekat sini aku ada kakak dan adik2 perempuan bernama SYAMIZAA.
Dekat sini aku kenal keluarga K4P5 yang taknak putuskan bonding.
Aku mula join usrah bila aku jadi ahli brotherhood.
Aku actually main sofbol instead of jadi scorer je.
Aku pegang raket tenis.
Aku jadi photographer.
Aku jadi stalker.
Aku jadi perempuan(?)
Aku jadi budak yang rajin.
Dan semua tu ada cabang2 dia lagi.

Ingat tak masa aku masuk PLKN. Tiga bulan je tapi hari last, bajet nak control cool tapi bila Ting Ting nangis, aku tak boleh nak kawal. Sebab aku tahu apa yang dia rasa. Tu baru tiga bulan. Ni, setahun aku bangun, tidur, mandi, makan, main, study, pedajal orang sama-sama. IDK.

Aku nak membebel lagi tapi bila terlalu banyak yang nak diperkatakan, aku jadi blur. Semua dah taknak keluar. Macam bila korang dah susun ayat punyalah baik macam ayat SPM BM A+ tapi bila berhadapan dengan orang, semuanya terabur. Hahaha...



Saturday, March 8, 2014

Emma

Emma.

Her name is Emma.

Full name? Unknown. Nobody know.

She live by herself at an apartment, 31st floor. The apartment have two rooms. 

But going through her house, you could only find book, book, book. Of course there are other stuff too such as washing machine, refrigerator, tv and telephone but books dominate the whole house. They say if the building ever caught in fire, her house would be the first to completely burned down. With all the paper and books. 

Her works? Not sure. Some say she is a writer. Some say she have a bakery. Some say she is a scientist. No one know for sure. 

Facebook friends? None. Twitter follower? None. Instagram? None. She doesn't even have an account to those social services. She doesn't have a phone. I'm not even sure if she even have any friends, or even colleagues.

She is Emma.

Full name? Unknown.

Emma.

Just Emma

Tuesday, February 4, 2014

Kahwin.....but

Assalamualaikum
Ehemmm....


As some of you might know, I wanna get married as soon as I can. Idk why but I just wanted to. Tapi lepas satu insiden kecil yang berlaku, aku fikir, aku kena kerja kuat-kuat dulu. Sebab nak kahwin memerlukan belanja yang banyak!
Ya! Memanglah mas kahwin dekat Johor ni agak murah dan aku takde plan nak tambah-tambah pun. Tapi nak buat majlis nanti. Tak payah buat besar-besar. Bukannya aku kahwin dengan Tengku Hassanal pun. Tapi majlis kan penting. Nak bagitau kat semua orang yang aku dah berkahwin, supaya tak timbul fitnah.
Dan belanja nya bukannya sikit.

Jadi aku nak tanam azam, aku nak tanggung majlis aku sendiri. Taknak guna duit parents aku pun. Okay, kalau diorang nak sponsor sikit-sikit, sukatilaa tapi basicly semua aku nak tanggung. Dan kepada bakal suami aku, awak pun kena tanggung juga ehh! Thanks

So, I love you ayah & ibu!!

Sunday, February 2, 2014

Turning 19

Assalamualaikum!
Dudung!! Babamp!! Changchang!!

Ehem... 19 years ago, I was born to a family of five, who grew to a family of twelve now. Cahaya Kebijaksanaan, itu maksud nama aku. Berat masa bayi 3.5 kg(baby gumuk) dan sekarang ** kg. Dan masih ada pipi bulat ni.

Aku tak sangka aku dah 19 tahun. Aku macam, weyh, aku dah 19! 19 weyh... Selama ni hanya ada umur 4-5 tahun, 18 tahun dan dewasa. 19? Aku tak pernah terpikir pon. Hahaha... Terukkan?
Hurm, aku dah 19 jadi apa yang aku dah baiki selama setahun ni? Aku pun tak pasti.

Tahun lepas aku sambut birthday aku dekat dalam kem. Jauh dari keluarga, dekat dengan famili kem. Aku kena baling bedak, pasal takde tepung. Aku kena prank. Aku kena kahwinkan. Ntahlah.

Tahun ni pulak aku dapat sambut dengan semua orang. Ayah, ibu, abang, kakak, Ajim & Iera, Ammar, Nani, Abid, Kuyam dan Mamat. Complete! Dan aku happy sangat. Hahahahha... Takde kek sebab aku bukannya suka benda manis sebenarnya tapi it's okay. Ajim siap tawarkan kek kahwin dia semalam!

Ohhh! And semalam aku jumpa kawan sekolah rendah aku. Dulu aku sekolah SRAB. Sek Ren Agama Bersepadu. Tapi perangai aku agak kasar, kot. Sebab kawan aku tu cakap aku lain giler... Dekat lima enam kali laa dia ulang benda tu. Aku pun nak tahu apsal. Dy cakap dulu aku ganas nak mampuih, sekarang daa pakai tudung labuh. Jadi aku nak tanya, adakah aku ganas sangat dulu? Mungkin dah sampai seru kot. Eicehhh... Hahaha

Ohh, and here's some pictures we took today!! Jangjang!!




Bajet macam anak loaded sikit.
Shopping banyak2 dengan iPad dekat tangan!

THE BIG BIGGER BIGGEST FAMILY!!

Dan terima kasih kepada yang ingat serta wish. I lebiu semua. Lagi-lagi ibu yang nyanyi 'Happy Birthday' sambil dodoikan aku. Hurmmm...

Daaaa~~~

Cerita 01.02.2014

Assalamualaikum!
Woohoooooo!! Huuuuuu~~ Sedih

Ehem...
Semalam merupakan hari persandingan abang aku yang kedua... Belah famili sini!
So, masa aku balik rumah 30 haribulan tu, (aku naik bas 29 hb tapi sampai Kluang 30 hb. Sehari dalam bas) aku dah dikerah untuk menolong mana-mana yang patut. Banyak woo... Nak packing2 goodies, nak kemas rumah, dok angkat perabot sana sini. Nasib baik pakai khidmat katering, kalau tak memang makin sesak arr... Then the big day comes!! Shalalalala~~
Pagi tu, macam biasa je. Bangun, breakfast then bila sampai je pukul 9-10, bila orang dah mula datang...... Kerja asal aku jadi photographer tapi aku kan pemalu. Jadi aku tukar tugas dengan Nani, tolong ibu bagi goodies. Tapi si ibu dah upah photographer jadi buat pe nak banyak-banyak lagi kan? Jadi Nani pun jadi security penjaga duit. Kerja aku senang. Duduk-duduk, bila ada orang datang, aku hulurkanlah goodies. Tapi jadi pening bila ramai-ramai datang sekali gus. Berapa ramai dewasa, berapa ramai budak-budak. Yang baru datang ke, yang dah nak balik pun aku konfius gak.
Later petang tu bergambar dengan pengantin serta kazens. Actually, otw nak pergi bergambar tu ada satu accident pun later laa....
Malamnya, aku dah tak boleh nak bergerak dengan aktif lagi. Mengantuk!! Ntah pukul berapa ntah aku tertido. Mandi pun tak... Heeee~~






















Tahniah Danial Hazim dan Shahidatul Amiriah!!
Semoga jodoh berkekalan till Jannah, insyaAllah


 :: bila ibu nak bagi adik kahwin pulak?::
:: selamat hari jadi kepada aku (bangga)::

Sunday, January 26, 2014

Hipokrit

Assalamualaikum...

Ehem...

Aku tak suka orang banyak merungut. Aku tak suka orang yang perasan semua orang sayang dia. Aku tak suka orang yang senyum walaupun hati dia sangat benci. Aku tak suka orang yang jadi orang lain demi kepentingan orang lain.


Dan oleh sebab itu, aku tak suka aku.

Ya. Aku mengaku aku hipokrit. Aku tak suka tapi aku terpaksa.

Aku boleh je ubah tapi kenapa aku tak buat? Simple. Sebab aku jaga imej aku.

Masyarakat sekarang, TAK! Masyarakat, dari dulu lagi, suka membuat spekulasi. Suka meletakkan sesuatu hukuman kepada orang lain. Suka menjadi hakim. Kalau korang tak buat macam ni, korang bukanlah dalam golongan masyarakat. Korang dalam golongan yang dok sengsorang, baca buku. Tapi korang ingat wujud ke orang camtu? Taklaa weyh.
Benda ni dah jadi lama. Zaman Nabi Muhammad dulu pun dah ada. FITNAH. Korang mungkin cakap menghakimi orang tu bukan fitnah. Tak. Menghakimi orang dengan mata kasar pastu pegi bagitau satu kampung spekulasi korang, orang percaya. Tak ke fitnah namanya?
Korang tahu ke, kenapa dia punya rambut perang? Mungkin sebab genetik tapi korang cakap dia warnakan rambut. Dan ingat benda tu akan berhenti kat situ? Huh, bila dia warna rambut=tak sembahyang=buat maksiat. Then tu dipanggil apa? Fitnah kan?
Then, kalau seseorang tu mendapat hidayah. Dia mula pakai hijab. Dan mungkin hijab dia lagi elok dari orang lain. Dia mula asingkan diri sebab taknak terlibat dengan lebih banyak maksiat. Dia duduk rumah, jaga maruah diri dia. Tapi spekulasi masyarakat? Dia berzina sampai mengandung. Dia tu hipokrit. Saja tetiba bajet nak jadi alim. Weyh, biarlaa dia dengan diri dia!

Sebabkan pandangan-pandangan orang, tahu tak berapa ramai yang takut berubah ke arah kebaikan?


Demi mengelak dari difitnah, aku pakai topeng.

Dan oleh sebab itu lah aku benci diri aku. Aku memakai topeng supaya aku diterima. Aku benci sangat. Sebab aku pun hipokrit!

Kisah Jariku~

Tadi Dila cakap roomate dia tanya ape jadi dengan jari aku. Jadi Dila reka cerita tipu...
Kesimpulan aku dapat dari kejadiaan yang dia cerita tu, ramai yang dok tanya pasal jari aku ni... Jadi dari aku cerita kemalangan yang terjadi dekat aku beberapa tahun lepas banyak kali, baik aku bagitau dekat sini je... haaa
 ...

Beberapa tahun lepas,


"Tuan! Kita kena cepat! Pihak musuh dah dekat!" Prebet G memberitahu.

A pun menoleh kepada anak buahnya yang sedang laju menaip beberapa kod kedalam komputer ribanya. Nampak gayanya masih belum selesai.

"Baiklah, kamu tinggal disini. Yang lain ikut saya!" A mengarahkan anak-anak buahnya. Berbekalkan senjata dan keberanian serta iman di dada, mereka bergerak keluar.

A buat isyarat tangan2 tu kepada anak-anak buahnya. Mereka mengangguk sebelum berpecah dua kumpulan. Satu ikut A, satu lagi ikut Sarjan O. Mereka bertukar-tukar isyarat sebelum menembak satu persatu pihak musuh secara sembunyi dan pantas. Hoo.. Malangnya pihak musuh ramai woo... Sudah jadi satu aksi tembak-menembak macam dalam game tu. Hooo... Macam cerita Battleship pun okay.

Satu-persatu pihak musuh mati. Satu-persatu juga askar A terkorban. Apabila dapat isyarat bahawa misi meng-hack sudah berjaya, A mengarahkan anak-anak buahnya supaya berundur. Dari jauh mereka boleh nampak ibu pejabat pihak musuh meletup. 

Pihak musuh terus mengejar sambil menembak. A dan anak-anak buahnya juga tidak mengalah. Tiba-tiba salah seorang anak buah A jatuh dan dalam bahaya. Dengan rasa tanggungjawab, A pergi selamatkan. Malangnya masa A sampai, pihak musuh sudah menghampiri. Dengan back-up dari beberapa anak buah yang tinggal, A melawan.....




Dan macam tu la jari aku jadi macam ni... Dah, sat ni jangan tanya lagi naaa...

Sepet

Assalamualaikum


Sepet. Kalau cakap pasal sepet apa benda first yang berada di minda?
"JPP" - Fatin
"Tak nampak mata. Cam Jongkook" - Nurul
"Kau nak cakap aku kiut kan?" - Hafizah
"Haaaah??" - Umi

Ya. Sepet merupakan sejenis bentuk mata dimana orang yang memilikinya tidak mempunyai eyelid. Eyelid dalam bahasa melayu aku tak tau. Ada juga yang menyatakan mata orang yang kecik dilebel sebagai sepet. Jadi apakah yang aku cuba sampaikan?

Cuba kita tengok orang-orang yang bermata sepet. Sekiranya dia adalah cina, itu benda biasa (sori kalau terkasar). Kalau selain bangsa cina akan diejek. Soalan-soalan seperti, "Kau ni kacukan cina eh?" atau "Kau ada darah cina kah?" atau segala bagai soalan yang ada juga kaitan dengan cina ditanya. Kadang-kadang ada yang menjawab, "Ha'ah. Ayah/mak/atuk/nenek/moyang/sedara-sebelah-ayah-aku-punya-anak-lelaki-punya-isteri-punya-anak-punya-sedara-bangsa cina" atau "Taklaa.. Aku mix korea".

Tapi apa yang aku nak sampaikan?

Ramai yang tak suka mata sepet sebenarnya. Seperti orang korea, suka buat pembedahan mata bagi mata dia tak sepet. Atau orang jepun pakai kosmetik untuk tidak lagi menjadi sepet. Kenapa??

Sesungguhnya mata yang sepet itu sangat menarik. Dan aku tak tujukan kepada seseorang ini yang aku agak minat pasal mata dia sepet. Aku tak suka pun dia. Aku just amazed tengok mata dia sepet. Sebab tu aku gelarkan dia Si Sepet.

Orang yang bermata sepet sangat kiut. Seperti Akbar Azman, Kang Gary dan Marcus.

Disebabkan aku ni kalau cakap mesti pandang mata, atau PLKN cakap Pendengaran Aktif, aku sangat suka tengok mata sepet. Bukan selalu jumpa si mata sepet. Dan seseorang itu senang mengingati wajah seseorang melalui mata, mata yang sepet laa paling senang dicam. Berapa juta orang bermata bulat, secara natural atau fake.

Kesimpulannya. Akbar Azman dan Kang Gary kiut. Terima Kasih!

Saturday, January 18, 2014

REVIEW : The Great Gatsby

Assalamualaikum!
Hari ini adalah hari sabtu. Semalam cuti Thaipusam tapi aku tak buat hw! Hmm... Hari ini pagi aku buat lah sikit then tergoda lagi dengan internet maka......hmmmm....
Tapi apa aku nak cakapkan ialah pasal satu movie yang aku baru je donlod petang tadi. Ni pun baru lepas habis tengok... Cerita nya ialah......

THE GREAT GATSBY


Dan tak. Dia bukan pasal minyak rambut.

Dia menceritakn tentang seorang laki ni, Nick. Dia nak cerita pasal Gatsby, orang yang paling dia respek tapi dia malas nak bercakap jadi doktor dia suruh dia taip je. We go back to a few years ago, Nick berpindah ke sebuah rumah kecil, dan jiran dia pula rumah macam istana. Tiap2 minggu buat parti. Siapa jiran dia? Tentulah Gatsby. Tiba2 dia dapat jemputan dari Gatsby ni, ajak pergi rumah dia. Dan dia SEORANG je dapat kad jemputan. Yang lain semua main datang je. Takde siapa pernah jumpa pun Gatsby ni. Tapi rupa-rupanya Gatsby ni ada niat tersembunyi. Sepupunya Nick, Daisy ialah chenta hidup Gatsby tapi Daisy telah kahwin dengan orang lain. Gatsby nak balik arr kan, sebab laki Daisy ni pun curang. Dan the rest is for you to find out, bebeh.

Jalan cerita dia sangat menarik. Aku memang ajak korang semua tengok arr... Filem ni pun adaptasi dari sebuah buku, dengan tajuk yang sama ditulis oleh Encik Fitzgerald.


Si hantu buku English, dak Umi tu pun dah baca bukunya dan dia sokong aku. Dan pelakon-pelakon dia pulak si Jack Titanic, Leonardo de Caprio, si Spiderman, Tobey Maguire(aku tak reti eja nama dia!) dan Amitha Bachan!!! Haaaa....

And set filem ni sangat cantik. Masa parti dia. Though, dia berkonsepkan tahun 19++ so, yeah... Aku pun jumpa cerita ni masa tengah nak karaoke lagu Lana Del Ray - Young & Beautiful. Rupanya lagu tu adalah lagu tema cerita ni. 

But you should try to watch it.Or maybe read it. Anyhow, try to enjoy it, kay?

Daaaaa~~ *babai macam gedik-gedik sikit*