Sunday, January 26, 2014

Kisah Jariku~

Tadi Dila cakap roomate dia tanya ape jadi dengan jari aku. Jadi Dila reka cerita tipu...
Kesimpulan aku dapat dari kejadiaan yang dia cerita tu, ramai yang dok tanya pasal jari aku ni... Jadi dari aku cerita kemalangan yang terjadi dekat aku beberapa tahun lepas banyak kali, baik aku bagitau dekat sini je... haaa
 ...

Beberapa tahun lepas,


"Tuan! Kita kena cepat! Pihak musuh dah dekat!" Prebet G memberitahu.

A pun menoleh kepada anak buahnya yang sedang laju menaip beberapa kod kedalam komputer ribanya. Nampak gayanya masih belum selesai.

"Baiklah, kamu tinggal disini. Yang lain ikut saya!" A mengarahkan anak-anak buahnya. Berbekalkan senjata dan keberanian serta iman di dada, mereka bergerak keluar.

A buat isyarat tangan2 tu kepada anak-anak buahnya. Mereka mengangguk sebelum berpecah dua kumpulan. Satu ikut A, satu lagi ikut Sarjan O. Mereka bertukar-tukar isyarat sebelum menembak satu persatu pihak musuh secara sembunyi dan pantas. Hoo.. Malangnya pihak musuh ramai woo... Sudah jadi satu aksi tembak-menembak macam dalam game tu. Hooo... Macam cerita Battleship pun okay.

Satu-persatu pihak musuh mati. Satu-persatu juga askar A terkorban. Apabila dapat isyarat bahawa misi meng-hack sudah berjaya, A mengarahkan anak-anak buahnya supaya berundur. Dari jauh mereka boleh nampak ibu pejabat pihak musuh meletup. 

Pihak musuh terus mengejar sambil menembak. A dan anak-anak buahnya juga tidak mengalah. Tiba-tiba salah seorang anak buah A jatuh dan dalam bahaya. Dengan rasa tanggungjawab, A pergi selamatkan. Malangnya masa A sampai, pihak musuh sudah menghampiri. Dengan back-up dari beberapa anak buah yang tinggal, A melawan.....




Dan macam tu la jari aku jadi macam ni... Dah, sat ni jangan tanya lagi naaa...

No comments:

Post a Comment