Saturday, September 20, 2014

Welcome to...uhhhh

Assalamualaikum. Hai

Hai, hai hai. Hai. Sejak dua minggu lepas aku dah selamat bergelar pelajar universiti yang namanya dirahsiakan. Okay, UMT. Sangat kelakar bila aku dapat tahu aku dapat dekat UMT ni haa. Sebab ayah aku orang sini, mesti dia dengan gembiranya ambil dan hantar aku kalau aku minta. Tapi benda bodohlah. Gedik sangat sesuka hati je menyusahkan orang tua.

Aku orang Johor. 18 tahun setengah aku menetap dekat sana, mencipta sejarah disana(cewahh). Tahun lepas aku kena angkut ke Penang sebab aku sambung matrik setahun dekat sana. Setahun duduk sana, bolehlah dikatakan aku senang duduk sana. Jadual sangat packed tapi suasana dia okay. Berbanding................ sini.

Ya, aku masih lagi nak adaptasi suasana disini. Selalunya aku boleh je adapt dengan tempat baru dengan cepat. Seminggu dua aku dah boleh ada kawan, tahun tempat, harga semua. Tapi sini? Nak cari kawan susah. Baru dua jam lepas berborak sakan then bila takde kena-mengena lagi, terus tak kenal. Senyum pun taknak. Yes, aku cakap pasal kakak yang menangis kena bahan dengan orang pastu mengadu kat aku then bila aku kena keluar palapes terus buat tak kenal. Hope you'll die in there.

Makanan? Aku makan je apa yang aku dapat sebab aku dah bayar tapi abang, kakak, makcik, pakcik, kalau nak bisnes jalan baik, tolong jaga pelanggan bebaik sikit. Aku tak kesahlah kau tengah PMS ke, baru cerai ke, sakit perut ke tapi jangan nak belagak sangat. Jangan tamak sangat. Seriously. Recently kawan aku naik van ke kelas sebab dia nak mencuba. Pepagi dia naik 40sen tapi tengah hari, time orang tak ramai dia mintak 80sen. Maybe korang cakap, "Eyyy, 80sen je" . Tapi untuk aku yang hargai setiap satu sen yang keluar, bila benda tu kena naik dua kali ganda harganya dalam sekelip mata tu memang bodoh!

Macam mana aku nak sampaikan ek? Mereka ni, mentang-mentang benda yang mereka jual tu diperlukan jadi mereka sengaja naikkan harga. Terutama sekali kepada para pelajar. Sebab bila kau tu budak U, maka kau anak orang kaya sebab mampu bayar yuran semua jadi kau pun mampu belanja duit bebanyak jadi takpelah kalau mereka naikkan harga.

Okay, benda yang aku bakal sampaikan ni mungkin agak kurang ajar tapi pihak berkuasa Terengganu, silalah jalankan tugas anda. Aku dah cukup stress dengan suasana sekitar dengan bilik yang sempit nak mampus tapi kena kongsi 4 orang, dengan layanan yang paling 'baik' aku dapat, campur dengan orang sekeliling dan harga yang mencekik darah. Aku dah cukup stress dengan semua tu, aku nak pergi tenangkan diri, jenjalan dan memandangkan UMT sebelah pantai, at least aku boleh hirup udara segar. Tapi, shit.

Kepada pihak yang bertanggungjawab Terengganu, tolonglah buat sesuatu tentang sampah-sampah yang sepah macam nokharomm tu. Aku tak tahulah maybe konsep disini yang tak kutip sampah ke apa sampai orang sini bawak sampah dari rumah campak dekat mana-mana ke apa. Atau memang sampah bersepah-sepah tu memang trademark ke apa. Seriously, shit laa. Shit.


Sekian, rant aku kali ni.
Takde gambar sebab aku tengah marah. Ingat ni buku cerita bebudak?! Maaf. Bye

No comments:

Post a Comment