Sunday, January 26, 2014

Hipokrit

Assalamualaikum...

Ehem...

Aku tak suka orang banyak merungut. Aku tak suka orang yang perasan semua orang sayang dia. Aku tak suka orang yang senyum walaupun hati dia sangat benci. Aku tak suka orang yang jadi orang lain demi kepentingan orang lain.


Dan oleh sebab itu, aku tak suka aku.

Ya. Aku mengaku aku hipokrit. Aku tak suka tapi aku terpaksa.

Aku boleh je ubah tapi kenapa aku tak buat? Simple. Sebab aku jaga imej aku.

Masyarakat sekarang, TAK! Masyarakat, dari dulu lagi, suka membuat spekulasi. Suka meletakkan sesuatu hukuman kepada orang lain. Suka menjadi hakim. Kalau korang tak buat macam ni, korang bukanlah dalam golongan masyarakat. Korang dalam golongan yang dok sengsorang, baca buku. Tapi korang ingat wujud ke orang camtu? Taklaa weyh.
Benda ni dah jadi lama. Zaman Nabi Muhammad dulu pun dah ada. FITNAH. Korang mungkin cakap menghakimi orang tu bukan fitnah. Tak. Menghakimi orang dengan mata kasar pastu pegi bagitau satu kampung spekulasi korang, orang percaya. Tak ke fitnah namanya?
Korang tahu ke, kenapa dia punya rambut perang? Mungkin sebab genetik tapi korang cakap dia warnakan rambut. Dan ingat benda tu akan berhenti kat situ? Huh, bila dia warna rambut=tak sembahyang=buat maksiat. Then tu dipanggil apa? Fitnah kan?
Then, kalau seseorang tu mendapat hidayah. Dia mula pakai hijab. Dan mungkin hijab dia lagi elok dari orang lain. Dia mula asingkan diri sebab taknak terlibat dengan lebih banyak maksiat. Dia duduk rumah, jaga maruah diri dia. Tapi spekulasi masyarakat? Dia berzina sampai mengandung. Dia tu hipokrit. Saja tetiba bajet nak jadi alim. Weyh, biarlaa dia dengan diri dia!

Sebabkan pandangan-pandangan orang, tahu tak berapa ramai yang takut berubah ke arah kebaikan?


Demi mengelak dari difitnah, aku pakai topeng.

Dan oleh sebab itu lah aku benci diri aku. Aku memakai topeng supaya aku diterima. Aku benci sangat. Sebab aku pun hipokrit!

Kisah Jariku~

Tadi Dila cakap roomate dia tanya ape jadi dengan jari aku. Jadi Dila reka cerita tipu...
Kesimpulan aku dapat dari kejadiaan yang dia cerita tu, ramai yang dok tanya pasal jari aku ni... Jadi dari aku cerita kemalangan yang terjadi dekat aku beberapa tahun lepas banyak kali, baik aku bagitau dekat sini je... haaa
 ...

Beberapa tahun lepas,


"Tuan! Kita kena cepat! Pihak musuh dah dekat!" Prebet G memberitahu.

A pun menoleh kepada anak buahnya yang sedang laju menaip beberapa kod kedalam komputer ribanya. Nampak gayanya masih belum selesai.

"Baiklah, kamu tinggal disini. Yang lain ikut saya!" A mengarahkan anak-anak buahnya. Berbekalkan senjata dan keberanian serta iman di dada, mereka bergerak keluar.

A buat isyarat tangan2 tu kepada anak-anak buahnya. Mereka mengangguk sebelum berpecah dua kumpulan. Satu ikut A, satu lagi ikut Sarjan O. Mereka bertukar-tukar isyarat sebelum menembak satu persatu pihak musuh secara sembunyi dan pantas. Hoo.. Malangnya pihak musuh ramai woo... Sudah jadi satu aksi tembak-menembak macam dalam game tu. Hooo... Macam cerita Battleship pun okay.

Satu-persatu pihak musuh mati. Satu-persatu juga askar A terkorban. Apabila dapat isyarat bahawa misi meng-hack sudah berjaya, A mengarahkan anak-anak buahnya supaya berundur. Dari jauh mereka boleh nampak ibu pejabat pihak musuh meletup. 

Pihak musuh terus mengejar sambil menembak. A dan anak-anak buahnya juga tidak mengalah. Tiba-tiba salah seorang anak buah A jatuh dan dalam bahaya. Dengan rasa tanggungjawab, A pergi selamatkan. Malangnya masa A sampai, pihak musuh sudah menghampiri. Dengan back-up dari beberapa anak buah yang tinggal, A melawan.....




Dan macam tu la jari aku jadi macam ni... Dah, sat ni jangan tanya lagi naaa...

Sepet

Assalamualaikum


Sepet. Kalau cakap pasal sepet apa benda first yang berada di minda?
"JPP" - Fatin
"Tak nampak mata. Cam Jongkook" - Nurul
"Kau nak cakap aku kiut kan?" - Hafizah
"Haaaah??" - Umi

Ya. Sepet merupakan sejenis bentuk mata dimana orang yang memilikinya tidak mempunyai eyelid. Eyelid dalam bahasa melayu aku tak tau. Ada juga yang menyatakan mata orang yang kecik dilebel sebagai sepet. Jadi apakah yang aku cuba sampaikan?

Cuba kita tengok orang-orang yang bermata sepet. Sekiranya dia adalah cina, itu benda biasa (sori kalau terkasar). Kalau selain bangsa cina akan diejek. Soalan-soalan seperti, "Kau ni kacukan cina eh?" atau "Kau ada darah cina kah?" atau segala bagai soalan yang ada juga kaitan dengan cina ditanya. Kadang-kadang ada yang menjawab, "Ha'ah. Ayah/mak/atuk/nenek/moyang/sedara-sebelah-ayah-aku-punya-anak-lelaki-punya-isteri-punya-anak-punya-sedara-bangsa cina" atau "Taklaa.. Aku mix korea".

Tapi apa yang aku nak sampaikan?

Ramai yang tak suka mata sepet sebenarnya. Seperti orang korea, suka buat pembedahan mata bagi mata dia tak sepet. Atau orang jepun pakai kosmetik untuk tidak lagi menjadi sepet. Kenapa??

Sesungguhnya mata yang sepet itu sangat menarik. Dan aku tak tujukan kepada seseorang ini yang aku agak minat pasal mata dia sepet. Aku tak suka pun dia. Aku just amazed tengok mata dia sepet. Sebab tu aku gelarkan dia Si Sepet.

Orang yang bermata sepet sangat kiut. Seperti Akbar Azman, Kang Gary dan Marcus.

Disebabkan aku ni kalau cakap mesti pandang mata, atau PLKN cakap Pendengaran Aktif, aku sangat suka tengok mata sepet. Bukan selalu jumpa si mata sepet. Dan seseorang itu senang mengingati wajah seseorang melalui mata, mata yang sepet laa paling senang dicam. Berapa juta orang bermata bulat, secara natural atau fake.

Kesimpulannya. Akbar Azman dan Kang Gary kiut. Terima Kasih!

Saturday, January 18, 2014

REVIEW : The Great Gatsby

Assalamualaikum!
Hari ini adalah hari sabtu. Semalam cuti Thaipusam tapi aku tak buat hw! Hmm... Hari ini pagi aku buat lah sikit then tergoda lagi dengan internet maka......hmmmm....
Tapi apa aku nak cakapkan ialah pasal satu movie yang aku baru je donlod petang tadi. Ni pun baru lepas habis tengok... Cerita nya ialah......

THE GREAT GATSBY


Dan tak. Dia bukan pasal minyak rambut.

Dia menceritakn tentang seorang laki ni, Nick. Dia nak cerita pasal Gatsby, orang yang paling dia respek tapi dia malas nak bercakap jadi doktor dia suruh dia taip je. We go back to a few years ago, Nick berpindah ke sebuah rumah kecil, dan jiran dia pula rumah macam istana. Tiap2 minggu buat parti. Siapa jiran dia? Tentulah Gatsby. Tiba2 dia dapat jemputan dari Gatsby ni, ajak pergi rumah dia. Dan dia SEORANG je dapat kad jemputan. Yang lain semua main datang je. Takde siapa pernah jumpa pun Gatsby ni. Tapi rupa-rupanya Gatsby ni ada niat tersembunyi. Sepupunya Nick, Daisy ialah chenta hidup Gatsby tapi Daisy telah kahwin dengan orang lain. Gatsby nak balik arr kan, sebab laki Daisy ni pun curang. Dan the rest is for you to find out, bebeh.

Jalan cerita dia sangat menarik. Aku memang ajak korang semua tengok arr... Filem ni pun adaptasi dari sebuah buku, dengan tajuk yang sama ditulis oleh Encik Fitzgerald.


Si hantu buku English, dak Umi tu pun dah baca bukunya dan dia sokong aku. Dan pelakon-pelakon dia pulak si Jack Titanic, Leonardo de Caprio, si Spiderman, Tobey Maguire(aku tak reti eja nama dia!) dan Amitha Bachan!!! Haaaa....

And set filem ni sangat cantik. Masa parti dia. Though, dia berkonsepkan tahun 19++ so, yeah... Aku pun jumpa cerita ni masa tengah nak karaoke lagu Lana Del Ray - Young & Beautiful. Rupanya lagu tu adalah lagu tema cerita ni. 

But you should try to watch it.Or maybe read it. Anyhow, try to enjoy it, kay?

Daaaaa~~ *babai macam gedik-gedik sikit*

Tuesday, January 14, 2014

New Year... New Me?

Assalamualaikum

Selamat tahun baru. Aku nak wish ni masa tahun baru tapi yelaa... kes takde internet melanda. Ohh, tidak lupa juga, SALAM MAULUD NABI!!

Strightly, tahun baru aku dah bermula masa sem dua ni mula jadi masa sambutan tahun baru aku tak rasa sangat. Kitorang just celebrate cenggitu je. Yelaa... Nak pi mana je?!
Since tahun baru aku mula awal dari asalnya jadi diri aku yang baru lahir lebih awal dari sepatutnya. Ehh...?
Aku dapat rasa aku berubah sikit sem ni. Kalau sem lepas aku pemalas tahap monyet, tidur dalam kuliah setiap masa, keje tinggal je tapi sem ni aku daa tak buat lagi. Well, except part tinggal keje. But I'm still trying to let the old me go!
Boleh cakap aku dapat kesedaran laa kot. Dan aku berharap sangat Cik Nurul Haziqah yang ni kekal selama-lamanya.... Amin!
Kalau nak dibandingkan aku yang ni dengan aku yang dulu, takdelah jauh beza mana. Gila, pelik dan masih lagi tak lawa (bajet merendah diri ni) tapi mungkin aku je yang dapat merasakan perubahan ni.
Aku mula rasa seronok sangat belajar macam orang gila ni masa aku study untuk peperiksaan final sem 1 aku. Seronok weyh main tulis2 sticky note then tampal2.
And aku dalam usaha untuk melabuhkan lagi tudung aku. Walaupun guna duit banyak nak beli tudung bidang dari beli tudung 45 inci tapi okaylaa kan. Ramai gak yang terkejut. Ada yang macam tak yakin dengan semua itu tapi lantakklaa... Aku nak jadi extra sikit dari korang. Heee

Nak cerita sikit
Masa awal2 aku jadi aku yang ni, aku sebenarnya jatuh sakit. Kelakar kan? Badan aku macam cakap, 'siapa kau? Aku tak kenal kau! Pergi!!' Haha. Tapi aku agak maybe sebab dia tak biasa belajar sebelum tidur, buat kerja waktu petang. Kann, aku sangat teruk dulu. Dulu aku tahu main, tidur, makan je tapi kali ni aku akan tidur menghadap arah bertentangan sebab aku nak baca buku. Hahaha...
Bila aku tak tidur masa lecture, agak payah laa tapi aku cakap dengan diri aku yang aku tak nak jadi macam dulu and it actually work! Aku buat kerja2 math aku, kerja2 chemistry, bio. S. Comp jelaa yang macam payah sikit sebab sem ni punya agak pening.
But I'll fix that!!

Okay, bye (tetiba)!!