Sunday, January 26, 2014

Sepet

Assalamualaikum


Sepet. Kalau cakap pasal sepet apa benda first yang berada di minda?
"JPP" - Fatin
"Tak nampak mata. Cam Jongkook" - Nurul
"Kau nak cakap aku kiut kan?" - Hafizah
"Haaaah??" - Umi

Ya. Sepet merupakan sejenis bentuk mata dimana orang yang memilikinya tidak mempunyai eyelid. Eyelid dalam bahasa melayu aku tak tau. Ada juga yang menyatakan mata orang yang kecik dilebel sebagai sepet. Jadi apakah yang aku cuba sampaikan?

Cuba kita tengok orang-orang yang bermata sepet. Sekiranya dia adalah cina, itu benda biasa (sori kalau terkasar). Kalau selain bangsa cina akan diejek. Soalan-soalan seperti, "Kau ni kacukan cina eh?" atau "Kau ada darah cina kah?" atau segala bagai soalan yang ada juga kaitan dengan cina ditanya. Kadang-kadang ada yang menjawab, "Ha'ah. Ayah/mak/atuk/nenek/moyang/sedara-sebelah-ayah-aku-punya-anak-lelaki-punya-isteri-punya-anak-punya-sedara-bangsa cina" atau "Taklaa.. Aku mix korea".

Tapi apa yang aku nak sampaikan?

Ramai yang tak suka mata sepet sebenarnya. Seperti orang korea, suka buat pembedahan mata bagi mata dia tak sepet. Atau orang jepun pakai kosmetik untuk tidak lagi menjadi sepet. Kenapa??

Sesungguhnya mata yang sepet itu sangat menarik. Dan aku tak tujukan kepada seseorang ini yang aku agak minat pasal mata dia sepet. Aku tak suka pun dia. Aku just amazed tengok mata dia sepet. Sebab tu aku gelarkan dia Si Sepet.

Orang yang bermata sepet sangat kiut. Seperti Akbar Azman, Kang Gary dan Marcus.

Disebabkan aku ni kalau cakap mesti pandang mata, atau PLKN cakap Pendengaran Aktif, aku sangat suka tengok mata sepet. Bukan selalu jumpa si mata sepet. Dan seseorang itu senang mengingati wajah seseorang melalui mata, mata yang sepet laa paling senang dicam. Berapa juta orang bermata bulat, secara natural atau fake.

Kesimpulannya. Akbar Azman dan Kang Gary kiut. Terima Kasih!

No comments:

Post a Comment