Thursday, May 29, 2014

PEROKOK

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak menceritakan menyatakan kebencian aku terhadap rokok. Bukan, untuk lebih tepat, PEROKOK. Ya, aku benci perokok.


Sebagai seorang warga yang tidak merokok, aku tak paham keseronokan merokok mahupun keinginan untuk membunuh diri secara pelahan para perokok sekalian ataupun cubaan membunuh orang sekeliling dengan asap rokok. Namun, aku taknak mati sebab rokok. Aku sangat benci bau rokok. In fact, sekali aku bau asap rokok, aku menyumpah orang tu mati dengan segera. Tapi doa yang macam tu mana boleh kan? Boleh dikatakan itu isi hati aku.

Dan aku tak paham kenapa ada perempuan yang boleh tahan dengan kekasih atau suami yang merokok. Aku ambil yang senang sikit la. Aku tak tahu kenapa si awek tak tinggalkan je balak dia yang smoking. I mean, come on laa... Muka hemsem mulut gula poket tebal tapi hati gelap buat apa?

Sekarang tengah dok kecoh pasal Cadbury tu haram. Banyak juga la aku nampak si laki cakap,
Tahu Cadbury haram tapi tak tutup aurat taknak kecoh pulak
Tapi kenapa takde siapa pun nak kecoh, merokok tu makruh? Bukan ke buat sesuatu yang makruh berterusan menjadi haram? Kenapa takde sorang pun kecoh pasal kenyataan ni? Bukan aku membela si perempuan yang dedah aurat. Benda itu pun dosa tapi kali ni pasal si perokok kan?

Nak salahkan si ibu bapa yang tak mendidik anak dengan betul? Si bapa cakap jangan namun si bapa buat. Si ibu terlalu lembut dan sayangkan anaknya sangat. Nak salahkan kawan-kawan si anak. Nak buat macam mana, si kawan pun belajar dari masyarakat. Tak payah nak menunding jari. Mula dengan diri sendiri. Kalau berjaya tahan nafsu, tahniah. Anda berjaya.

Merokok ni semua nafsu. In the end, perokok ni adalah orang yang tak reti kawal nafsu. Jadi mahukah anda mendapat pasangan hidup yang tak reti mengawal nafsu? Dan aku bukan nyatakan si perokok ni lelaki sahaja, tapi perempuan pun sama saja.

Sebab ramai yang kata, merokok untuk melepaskan stress. Alasan yang sama dipakai oleh si penagih dadah, pembunuh dan penjenayah. My advise, baik ambil Al-Quran dan baca. Berimanlah kepada Al-Quran.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment