Tuesday, November 19, 2013

The Strong Woman

Assalamualaikum.

Ehem. Di era IT dan teknologi ini, kita tidak terlepas dari cengkaman tv. Kalau sesebuah rumah tu ada komputer maka mesti dia ada tv(?) Dan sekarang merupakan satu fenomena kepada golongan perempuan untuk menonton drama. Tak kiralah Rosalinda ke, Full House ke, Mr. Arrogant ke, Vampire Diaries ke, itu semua merupakan drama. Tapi korang perasan tak yang jalan cerita drama-drama ni semua sama je. Aku bagitau most commonly favorite by the ladies laa...
Cerita Indon - Orang ni dengan orang ni then ada orang ketiga datang. Orang ketiga somehow mati. Bahagia sekejap, then datang orang ketiga baru. Diulang sampai episod mencapai beratus-ratus. Pari-pari kadang-kadang merupakan elemen penting.
Cerita Melayu - Benci, kena kahwin paksa. Jatuh cinta dan bahagia. Kekasih lama datang. Konflik tapi for sure happy ending!
Cerita English - Okay. Effect banyak. Super power bagai benda biasa. Vampire dan warewolf wujud.
Cerita Korea - Lelakinya anak orang kaya suka perempuan biasa-biasa. Aksi simbah air, tarik rambut, dan air mata biasa.


Tapi aku bukan nak cakap pasal tu. Aku nak bagitau, korang sedar tak watak utama dia. Perempuan la. Laki watpe. Watak utama perempuan dia LEMBIK, LEMAH, MENJENG! Lagi-lagi yang drama korea. Seriously aku naik menyampah dengan watak utama perempuan dia kadang-kadang. Si pakwe kena ambil sekejap, nangis. Kena buang keje, nangis. Wehh!! Nangis tak selesai kan pape laa, vangang! (marah ni!!)

  

Kadang-kadang aku sokong gila dengan watak jahat(perempuan). Well, watak lelaki kedua memang aku selalu sokong la sebab diorang lagi awesome(?) dari watak utamanya. Diorang, bagi akulah, lagi kuat dan tabah. Tak berputus asa nak dapatkan si hero.

"Welcome! My 'step' sister!"

Baru-baru ni aku layan cerita The Heirs. Yang ada Lee Minho dengan Park Shinhye bagai. Orang cakap cerita tu ditarget dapat ranking tinggi la (Ranking tu macam bilangan penonton drama tulaa). Sebab tu aku layan tapi seriously. Part Minho, aku skip. Part Minho dengan Shinhye, aku skip. Lantaklah kalau aku miss part romantik ke hapa. Part Shinhye aku tak skip pasal aku nak tengok dia dengan Kim Wonbin. Bukan sebab aku suka diorang bersama tapi aku nak tengok Shinhye kena dengki 24 jam dengan Wonbin. Dan part yang aku play dalam normal speed (selalu aku tengok drama dalam speed 1.50x. Dia cakap lajuu wooo) ialah part Wonbin, si hero no 2 yang merupakan si jahat juga dan part yang ada watak jahat si Rachel Yoo. Aku tak ingat nama betul dia. Hoo.. dia ni perangai macam tak guna gila. Tapi tu yang buat dia special. Part dia sedih pun masa tunang dia, Minho cakap yang dia suka si Shinhye so status tunang tak menjamin pape. Camtulaa ayat dia. Part tu yang dia nangis. Masa mak dia nak kawin baru dengan bapak si Wonbin yang suka naik kaki pun dia selamba je kutuk bakal bapak tiri dia depan-depan! Hoohh!!

Weh, aku suka siot dengan watak jahat ni. Aku rasa diorang ada parut yang dalam sangat sampai hati diorang jadi keras. So mesti ada cerita disebaliknya. Orang yang hati dia berparutkan orang yang kuat & tabah. So, aku sokong orang yang tabah instead of budak kena marah sikit dah nangis dan mengeluh.

Tapi kalau watak jahatnya gedik lain cerita. Maksud aku, si hero dulu suka tapi dia rijek pastu si hero jumpa si heroin baru nak terkedek-kedek kejar lain, kay! Yang tu b**** sikit.


Lagi baik kalau dia bagi Young Do ends up dengan Rachel. Haa... Tak payah cerita pasal Minho dengan Shinhye... ^///^

-Sori peminat2 Minho & Shinhye sekalian-
-Dan peminat The Heirs!-
-Kames dah nak balik matriks!!-









Sunday, November 17, 2013

Inspiration

Assalamualaikum... Salam sejahtera dan selamat malam...

Running man sudah menjadi satu fenomena sekarang. Siapa je tak kenal Running Man maka dia menipu. Yelaa... Either dia memang tak buka internet atau dia tak bergaul dengan orang atau dia saja je taknak mengaku dia tahu pasal Running Man. Aku bukan nak cerita pasal Running Man ataupun nak membangga-banggakan rancangan tu. Bukannya dapat apa-apa pun. Tapi aku nak cakap pasal salah seorang member dia iaitu Kang Hee-gun a.k.a Kang Gary(Monday Couple).


Dia ni, bersama kawan dia Gil adalah rappers duo. Dah menghasilkan 8 buah album, at least ada satu lagu yang meletup dalam tu. Asalnya ada tiga orang tapi dia dah keluar. Lagu dan lirik semua diorang uruskan. Ada syarikat sendiri walaupun bawah naungan syarikat lain.

Kenapa aku tetiba gedik nak bagitau pasal diorang ni? Well, sebab apa yang diorang lalui buat aku rasa, bersalah...? Aku tak lalui banyak kesusahan macam diorang tapi aku banyak mengeluh. Oh, dan bangga for some reason.


Kita mulakan dengan si kiut Gary (aku suka Gary ni. Biarlaa ^///^). Dia ni pernah masuk dua kumpulan(something like that), X-Teen(kot) dengan Honey Family tapi dua-dua kumpulan kena berpecah. Dia cakap mungkin sebab dia takde bakat dan tak hemsem. Lantaklah kalau tak hemsem. Apa? - 'orang vangang' je 'dengar lagu pakai mata'. Dia pernah tolak kontrak dari SM. Ent. Bagi sesiapa yang tak tau pasal SM.Ent, tu company yang menghasilkan Suju, SNSD dan EXO korang. Cam cool je tolak offer dari SM. Ent siottt. Dia pernahmasuk sekolah yang melatih pelajar dia jadi pegawai presiden. Dalam umur dia 30 tahun, dia belajar BI, skating dll dengan bersungguh-sungguh. Dia jujur (tengok jelaa dalam RM, jadi spy pun teruk), setia kawan dan awesome, not to mention, a gentleman! Weh, kalau aku nak cari laki, aku nak cari yang macam Gary tau! Mostly ciri-ciri laki yang aku nak dia ada.

Enough with him, Gil pulak. So, aku tak tahu sangat pasal Gil sebab aku lebih berminat dekat Gary tapi tadi aku buka wikkeeyy, dia ceritalah pasal Gil dekat Infinity Challenge. Gil ni sebenarnya menggantikan orang tapi jadi ahli tetap. Mula-mula orang tak suka dia sebab dia tunjuk perangai spoil & vulgar. Yela, aku tahu diorang kena jaga imej tapi kalau jaga sangat korang cakap bukan-bukan. Okay, bukan korang tapi masyarakat sana~~ Last-last dia duduk diam je dekat tepi, tu pun orang marah. Haihhh....

Pernah sekali diorang tak keluar tv. Gary berhenti RM, Gil berhenti Infinity Challenge. Sebab diorang anjurkan konsert amendentah then orang cakap diorang jual tiket mahal. (Aku taknak cakap pasal tu. Lagi benci aku kangg). Kiranya diorang merajuk laa... Tapi diorang datang balik kan? Sebab peminat diorangla.
Certain penyanyi 'senior' tak suka idol a.k.a group kpop yang muda-mudi ini. Mungkin sebab periuk nasi kena kacau. Penipu laa kalau diorang boleh suka orang yang kacau periuk nasi diorang, kan? Tapi Leessang ni, dia nampak orang yang bersungguh-sungguh minat dengan lagu, diorang ajak buat lagu sesama. Terbaru diorang ajak seorang rockers lama buat lagu sama-sama dan jadi hits siott!! Sebelum ni nak ambil award pun pak guard halang sebab diorang tak feymes. Maybe sebab diorang perfer underground better, kot. Sebab tu tak dikenali sangat.


Apa yang aku bangga sangat dengan diorang ialah dah berapa tahun, dekat 15~20 tahun gitu tapi diorang masih setia dengan kawan-kawan diorang. Diorang buat apa yang diorang nak buat, diorang tulis apa yang diorang nak tulis sebab diorang berpegang dengan prinsip yang menyesal di waktu tua sebab waktu muda sihat tak nak buat.


Maybe korang tak pernah tahu pasal diorang sebab bila cakap pasal korea, benda pertama yang ada dalam otak korang k-pop kan? Tak pun drama-drama diorang. Well, diorang ni hip-hop so mana masuk kategori k-pop. Dan kenapa aku suka diorang? Sebab aku dah naik bosan dengan k-pop. Pusing-pusing lagu 'jatuh cinta', 'putus cinta'. Dan siapa yang cerita pasal hidup ni mostly artis tu korang tak kenal. Diorang pun takdelah nak cantik, comel sangat. Tapi bakat yang diorang ada tu lagi penting. Okay, lepas ni aku nak cerita something! Haiihhh... Kendian-kendian!

Back to the main story! Korang trylah dengar lagu diorang sikit.

Cerita kesusahan diorang tu je aku nak cerita. Bukan aku nak jadikan diorang idola aku ke hapa, tapi ambil pengajaran dari hidup diorang. Takkan datang putih tanpa hitam. (hash tag, inspirational quotes)


-Kang Gary, o(^///////^)o
-Okay, dah start gedik jap. Bye!

Wednesday, November 13, 2013

Mimpi Dramaku

Assalamualaikum semua~~

So, seperti semua orang semalam aku bermimipi. Tapi mimpi ni berdrama sikit laa... Mungkin banyak. Dan bila aku bagitau kawan aku apa yang aku mimpi, dia pun cakap, "bile je mimipi ko tak macam drama?" Aku rasa terluka dan bangga di waktu yang sama. Weh, bangga laa... Manalah tau mimpi aku jadi drama TV3 ke... Haa...
Cerita dia camni...

Ada seorang lelaki ni... Dia keje sebagai cegu sekolah rendah dekat sebuah sekolah swasta yang ada dari tadika dampai universiti tu... Alaa... Macam cite Boys Over Flower tu. Tapi dia ada keje lagi satu, gigolo or pisau cukur camtu laa...(Kelakar bila fikirkan laki yang jadi pisau cukur). Dia cikai duit datin2 dan anak2 dato'. Tapi aku rasa dia ni tak layan jantan laa... Nama dia aku tak tau so aku namakan dia Amir.

So, dijadikan cerita lepas habis sekolah rendah dia akan lepak dekat bahagian penjagaan kanak-kanak. Baby to preschoolers. Kiranya dia rapat gak dengan makcik-makcik yang tolong jagakan baby-baby ni. Dan dia selalu perasan ada seorang budak ni, parents dia selalu ambil dia lambat. Budak-budak lain dah balik, dia tak balik-balik lagi. Dan dia rasa sayang sangat kat budak ni. Selalu gak laa dia main dengan budak tu tapi dia tak pernah jumpa parents dia sampai satu hari. Satu kereta porsche (kot) warna kelabu metalik berhenti then ada seorang perempuan seksi keluar. Dia tergesa-gesa then bila dia perasan Amir, dia tergamam. Amir pun sama. Their memories play inside theirs head. Tetiba bunyi hon kereta.

Orang dalam kereta :: Woi! Cepatlah ambil anak tak guna kau tu! Pergi gatal dengan laki tu kenapa? Cepatla, sial! (Then perkataan berbintang)
Mona(aku bagi nama) :: We need to talk. Later, Amir!

So diorang jumpa........ Tanpa pengetahuan pakwe Mona of course.

Amir :: Apa yang kau nak cakap?
Mona :: That kid, she's yours.
Amir :: What?!
Mona :: Remember four years ago? We hooked up? She's the product.
Amir :: (smirk) Then? She's yours too... Aku tengok dia sihat je.
Mona :: Look. I akan kahwin dengan Syaq and he doesn't like kids.
Amir :: Shaq?
Mona :: My boyfriend. The one in the car.
Amir :: Ahh... That (perkataan berbintang)
Mona :: Watch your mouth. He's caring. (Amir smirk lagi) Well, to me he is! And I nak you ambil Lia.
Amir :: It's you yang nak kahwin dengan binatang. Kau selesaikanlah sendiri. Chio! (Amir minum sikit air dia sebelum blah)


So lepas kejadian tu dia dah tak lepak dekat daycare tu lagi. Lagipun dah masuk minggu pekse. Dia bizi lah konon.

Guru besar :: Amir, nanti I nak you uruskan pembahagian paper ikut kelas. Dekat bilik kebal nanti ada seorang pegawai jaga. You'll deal with her.

Sebagai buaya, bila jumpa dengan pegawai tu Amir tak melepaskan peluang. Nama dia kononnya Suria la.. Sedap nama Suria tu. Instead of bahagi-bahagi paper ikut kelas, they hooked up. Yeah, mimpi aku teruk sikit. And they start dating.

Dijadikan cerita, Amir bawa Suria pergi satu tempat. Masa itu malam dan hujan renyai-renyai. Nak cari tempat berteduh diorang masuk satu ladang. Ladang tertutup lama milik bapak Suria. Amir ambil baju yang tersangkut dekat ampaian untuk lindungi Suria dari kena hujan. Then they keep on running sebelum berteduh bawah pokok.

Suria :: Awak tau, saya selalu main dekat sini. My childhood starts here.
Amir :: Seriously? This is my territory. I membesar dekat sini laa.
Suria :: Haha... Laa... Kita membesar dekat tempat yang sama ke? Saya dah agak dah jodoh kita kuat!

Amir tersenyum before he leans closer, trying to kiss her. Tapi Suria sempat sedar sebelum tolak muka Amir sebelum ketawa.

Suria :: Not here! Once is enough! Come on!

Hujan dah berhenti. Amir sidai balik baju sebelum pegang tangan Suria. Diorang jalan pergi rumah lama Suria. Pintu terbuka dan ada sebuah keluarga tengah tengok TV. Amir nampak budak kecik pakai baju merah tengah main seorang diri, dia teringat anak dia. Lia selalu main sorang-sorang. Dan dia tak suka keluarga tu. Terlalu harmoni. Tak macam keluarga dia, sebab utama dia taknak berkeluarga!

Suria :: Saya nak duduk dekat laman diorang laa...
Amir :: Haa?? *amenda pulak minah ni!*
Suria :: I just nak rasa balik childhood saya. Satu hari nanti, jom bawak anak-anak kita datang sini. Maybe beli rumah ni. I had a strong attachment dengan rumah ni. Jom bersapa dengan keluarga ni.
Amir :: Then nak cakap apa? 'Hai, saya datang nak duduk dekat laman awak sebab ni rumah lama saya'?
Suria :: Haha. Saya nak keluarga kita nanti harmoni macam kelurga ni, tau!
Amir :: Dahlah. I nak balik. Jom!

Suria ikut je walaupun dia memang nak masuk rumah tu. Diorang jalan-jalan sambil enjoy angin malam yang sejuk. Suria membebel pasal bintang malam tu yang cantik lepas hujan dan Amir malas nak layan. Tetiba dia ternampak seorang pakcik yang dia takut sangat masa kecik sebab muka pakcik tu garang dan pakcik tu suka kacau budak tapi sebenarnya pakcik tu penyayang sangat. Pakcik tu tengah main dengan anak dia.
(Okay, dalam mimpi aku dia balik teddy bear anak dia yang masih kecil sambil konon-konon marah. Dia cakap anak dia tu suka sangat pergi jalan-jalan, so dia suruh anak dia pergi. Tapi dia main-main je sebelum masuk)
Apa yang pakcik tu tak perasan, pagar tak berkunci. Anak dia buka pagar, ambil teddy bear dia kat tengah jalan sebelum duduk je dekat situ. Ada motor tapi dia elak sebelum buat U-turn untuk selamatkan baby tu. Ada kereta datang, penunggang tu cuba halang tapi kereta tu dah gilis budak tu. (And it is so clear macam mana rupa baby tu kena gilis dalam mimpi aku) The car stop and a few other car behind it stopped. Making a ruckus. Suria nampak dan dia menjerit sebelum Amir tarik dia dan peluk. Bapak budak tu keluar dengan mak dia. Bapak dia terduduk, menyesal sementara mak dia menjerit sebelum pergi ke anak dia.

A few weeks later, Amir jumpa Suria. Nak minta putus. Suria tanya kenapa dan Amir jawab dia lebih sayangkan Lia (tanpa explain siapa Lia so Suria ingat Amir dah ada perempuan lain) Amir kena tampar tapi dia tak kesah. Amir jumpa Mona pulak.

Amir :: Aku akan jaga Lia.
Mona :: Thanks. I appreciate it. Just one thing, boleh you contact I bila Lia nak kahwin nanti?
Amir :: No. I do this for her. And hell no. She'll be mine. Sebab kau 'dah mati'. Kau takkan muncul lagi dalam hidup dia. Faham? Aku tak kesah la dia nak kahwin ke, dia nak bersalin ke, kau takkan ada disitu. 

Tanpa sempat Mona nak cakap apa-apa, Amir dah blah tinggalkan Mona menangis disitu. Dia takkan wujud lagi dalam hidup Lia. Dia yang pilih jalan ni... Amir besarkan Lia seorang diri. Dia sayang Lia dan dia taknak kehilangan Lia. Suria pun dapat tahu pasal Lia, dan cuba nak berbaik dengan Amir tapi Amir taknak. Dia hanya jadi kawan baik Amir je.



Cenggitulah mimpi aku... Mimpi aku banyak flashback so susunan cerita dia pening sikit. Ni aku dah susun balik la... Dah, TAMMAT

-Aku patut buat tuuuu tapi... Malas-

Tuesday, November 5, 2013

Mengeja dan menyebut

Ehem... Assalamualaikum...

Ehem... So sebagai manusia kita selalu berkomunikasi dengan menulis dan berkata-kata, kan? So, ehem... Dua benda tu juga aku agak teruk...


Seriously... kita mula dengan mengeja la... ehem... Pernah kan korang eja bersungguh-sungguh perkataan tu tapi korang rasa salah dan pada masa yang sama korang rasa betul. Aku pernah tanya satu kelas macam mana nak eja satu perkataan tu, dan ends up tak siap hw.... Hmm... Walaupun ramai cakap dah betul tapi macam tak kena juga... Haha... Lagi teruk kalau buat essay... Dah tulis essay tu maknanya yang dalam english laa kan... Kalau menaip senang je aku nak cari mana salah tapi bila buat secara manual! Haha... Boleh perabih dekat 10 minit nak cari mana satu ejaan yang betul! Sampai sekarang aku tak reti eja "jealousy"... Yang tu da kena betulkan...

Then, bila bercakap pula... ehem... Banyak benda aku tak reti sebut sebenarnya tapi still sebut juga. Macam wallet... Kay, aku seriously tak reti sebut perkataan ni! Woll-let? Wall-let? Ehem... Banyak perkataan yang aku kengkadang tak tau nak bezakan. Lengang or lenggang. Masa tu aku cakap jalan ni lenggang (jalan ni kosong) then kakak aku tengok aku dengan peliknya... Tapi satu benda yang aku cakap dengan betul mengikut konteks kamus namun kalau korang dengar aku cakap mesti korang akan ajuk... Serious! Aku cakap 'ambil' instead of 'amek'. Like....

Aku :: Tolong ambilkan benda tu...
Anonymous :: AMBIL??
Aku :: Whatt?? Ejaan dia A-M-B-I-L, kan??
Anonymous :: Emmm.... AMBIL~~~

Ehem... Ohh!! Ada satu benda aku nak rant ni... Mengadu! Kenapa orang utara or timur nak guna loghrat diorang, okay... Tapi bila aku nak cakap stail Johor, mesti orang (Teha, aku cakap pasal ko) nak betulkan. Sukatilah aku nak guna perkataan 'anu' tu... Anu tu macam 'buat' or 'benda tu'... Korang yang bukan Johorean je fikir anu tu benda kotor kan? Biarlaa... macam perkataan 'kopek'.. 'Kopek' tu maknanya kupas buah tapi Kelantanese bagi maksud lain laa.. Taknak pula korang tegur... Huh! Racist...

Saya anak Johor tau! JDT forever!! Harimau Selatan! Ehem... Malaysia Boleh (tetiba semangat bola)
Ohhh!! Orang Penang or Kedah tak biasa ehh tengok perempuan layan bola? Haritu Kelantan vs. Johor, diorang terkejut tengok roomate aku (orang Kelantan) pergi tengok bola. Then aku dok cakap pasal bola pun diorang pelik... Hmmm.... Luaskan Kuasamu!!

*Aku sakit tekak sebenarnya ni... Ehem*

Monday, November 4, 2013

Bonnie & Clyde

Assalamualaikum..

Tadi aku dok main fb nampak Troublemaker(artis kpop) keluarkan video baru. So aku pun layan jap. Then sebagai seseorang yang suka nak komen-komen ni, aku pun scroll down dekat bahagian comment. (yelaa, nak pegi mana lagi kan?) Then aku terbaca satu comment ini yang berbunyi
Ive been hearing that the mv is based from Bonnie and Clyde. but ...............
Sebab aku ni curious sangat, aku straight away cari pasal Bonnie and Clyde ni... The criminal couple! Hebat... Dokumentari (yang memang benda paling bosan) diorang pun aku layan tau!

Kalau tolak kenyataan yang diorang ni penjenayah, sebenarnya diorang agak kiut!!

So, cerita diorang macam ni... Dia start masa kegawatan ekonomi sebab WW2. Masa tu orang desperate  nak makan dan duit sampai banyak geng-geng penjenayah hidup(?). Clyde Barrow salah seorang daripadanyalah. Dia asalnya perompak kereta, bank. Gitu-gitu je. Clyde ni mula bunuh orang sejak dia kena rogol dalam penjara.

Yang Bonnie ni pulak pelayan then dia syok giler-giler dekat Clyde. Dia ni budak baik dulu kat sekolah. Banyak menang anugerah. Asalnya dia dah kahwin tapi suami dia masuk penjaralah gitu. Tapi diorang tak bercerai pun. Banyak cerita macam mana diorang jumpa untuk kali pertama tapi yang penting Bonnie suka giler kat Clyde sampai dia ikut juga dengan kegiatan jenayah Clyde.

Diorang jadi famous sejak Bonnie tangkat dua gambar ni......


Pakcik dalam dokumentari tu cakap Bonnie pose dalam pose yang tak menunjukkan kepermpuanan langsung. Weh, kalau pose comel-comel ada ke orang percaya diorang tu penjenayah? Haha

So, ramai yang cakap Bonnie ni hisap cerut dan main tembak-tembak tapi sebenarnya dia tak pernah menembak pun. Macam itulah abang Clyde nyatakan. Oh, abang Clyde ngan bini dia pun join kumpulan diorang ni dengan beberapa orang lagi.

Nak dipendekkan, diorang ni pergi mengembara. Bonnie & Clyde satu kereta dengan senjata-senjata api diorang. Then, diorang diserang hendap pada 23/05/34 di Bienville Parish, Louisiana (sumber: wiiikkkeeeyy) dengan beratus-ratus das tembakan. 53 das kena kat Bonnie dan 51 kena kat Clyde.


Orang tua kat dalam dokumentari tu cakap...

Baguslaa diorang mati sama-sama. At least diorang tak payah mengharungi kesedihan bila seorang je mati. _ ditranslate sendiri.

Banyak juga cerita dan lagu dibuat berdasarkan kisah diorang ni...

*nak layan buku LEJEN jap* 

Sunday, November 3, 2013

Cuti Sem

Assalamualaikum...

So, sekarang ni cuti sem... Cuti pertama aku lepas masuk matrik yang tak memerlukan aku untuk baca buku. Tapi, cuti yang sebelum ni pun aku buka buku sekejap je... Hehe...

Tapi cuti dia tiga minggu je... And bayangkan aku baru sampai malam pagi semalam, hari ni je dah banyak benda kena buat. Keje kahwen laa, nak booking flight laa... Then printer jammed laa...  =)  <-- tetiba nak letak smiley face!

Nanti 23 haribulan aku MUET then straight away pegi Bayan Lepas nak naik flight pegi JB. Dahlah flight pertama aku. Seorang diri pulak tu! Macam sh*t. Aku pun blur ni... Baru fikir macam mana keadaan aku nanti, belum jadi betul-betul! Then malam the next day naik bas balik Penang balik. SEORANG DIRI LAGI, tanpa Dila yang selama ini dalam apa jua pun keadaan bas tu menjadi katil aku. Then kalau sampai subuh aku terus pergi kelas......... =)   <----smiley face lagi

Berdoa jelah agak aku dapat maintainkan ke-awesome-an aku.... cehh

Cuti sem ni aku nak ajak ayah pergi cuti... Then ajak dak-dak sekolah lama outing... Then jumpa nenek kesayangan... Then perabihkan buku-buku LEJEN aku! Hooohhh!! (tengah kuatkan semangat)

Sekarang baru pukul 12.46AM tapi aku dah ngantuk... Dulu pukul 3AM still maintain, boleh selamba je pegi sekolah esoknya tapi sejak-sejak jadi budak matrik ni.... Aku mengenal nilai sebenar tidur!! PRECIOUS! Sebenarnya dari aku masuk PLKN dah tahu tidur itu emas tapi jadi student lagi lahhh woii!! Diberi pilihan kebulur atau mengantuk, aku rasa mostly akan pilih tidur. Walaupun lepas makan lagi lena tidur tapi setiap saat itu penting...

*pening~~*

New Blog

Assalamualaikum!


Ni blog baru aku... Kenapa aku buat baru sebab aku tengah bosan kot... Blog lama ada lagi just tetiba nak buat blog baru... Maybe sebab aku dah bosan dengan blog tu? Hati dan perasaan kan boleh berubah tanpa jangkaan. Sebab tu leerr... (Ceh, alasan!)

Maybe sebab kat blog lama aku, ada sesuatu yang buat aku rasa tak selesa so I decided to start over.. BAM!!

Lagipun, kita sebagai manusia harus maju kehadapan. Dah macam korang REWRITE lah balik kann~Jangan biarkan masa silam terus mengongkong kita. Sebenarnya bagus apa masa silam tu dok kacau hidup kita. Bukan orang tu takleh move on ke hapa. Tapi ambil the positive side, masa silam seseorang tu boleh menjadi satu pengajaran besar supaya dia jadi lebih matang, kan? (Alasan lagi)

So, Ta-Dah!! And welcome!

*feeling like donut~~*