Wednesday, April 16, 2014

Sharing This :: K4P5

Ehem...Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum semua. Jannjangg!!
Sekarang study week, next week dah start exam then on the 29th, aku akan tinggalkan matrik.
Perasaan? Sedih. Gembira. Excited. Keliru. Bercampur-campur umpama ABC, rojak buah dah. Atau pesembor.
Tapi bukan itu yang aku nak cakap untuk entry ni. Aku nak cerita pasal this one big family, my practicum, K4P5.
Apa aku nak cakap ya pasal kelas aku ni. Terdiri daripada 24 orang pelajar, yang asalnya ada 26, 4 lelaki dan selebihnya gadis-gadis. Kalau aku kena pilih satu perkataan untuk describe kelas aku ni, aku pilih SIBLINGS.

Kenapa siblings? Adik-beradik. Sebab bila ada adik-beradik yang ramai, pelbagai rasa lauk korang akan rasa.  Pahit, tawar, manis, masam, masin, pedas. Akan ada satu masa tu korang akan rasa semua sekaligus. Like explosion! Tapi semua inilah yang aku akan rindu. Dengan semua drama yang ada setiap hari!


Kenapa drama? Cause satu hari takde drama memang tak sah. Drama komedi ada, sinetron ada, seram, cinta-cintun klise dimasukkan dalam satu hari. So memang akan ketawa je sepanjang masa. Air mata tu bukan lagi benda asing. Air mata yang akan digelakkan juga sebab kitorang just tak boleh dipisahkan dengan kegembiraan. Hahaha, ayat aku dah start mengarut. 

Kita rindu sekolah tapi yang sebenarnya kita rindu kawan-kawan kita kan? Kita rindu nak bergurau-senda dan bermain dengan diorang. Lepak-lepak. Tapi kita akan jumpa dekat sekolah je. Dan most of our daily life will be spent with our family. Tapi dekat sini? Jauh dari parents and family, kita akan bergantung dekat kawan-kawan yang kita sentiasa bergurau-senda. Ikatan yang terbina tu akan jadi lebih kuat. Mungkin aku je yang tak pernah rasa begini sebab aku budak sekolah harian. Paling teruk aku rasa masa PLKN tapi tu 3 bulan je. Ni setahun aku makan, belaja, dok menghadap muka diorang untuk setahun. 

Dan aku bukanlah jenis yang senang nak luahkan perasaan. Aku jenis pendam so aku memang teruk bila nak luahkan apa yang aku rasa. Tapi aku sangat bersyukur diketemukan denga korang. Terima kasih dan maaf tak cukup untuk membuktikan rasa kesyukuran aku. Kalaulah aku boleh tulis apa yang aku rasa dan terbangkan ke seluruh dunia supaya semua tahu. If only I can do that.











Param diram param diram~



K4P5 - Don't Break The Bond

Last lecture with the big family

No comments:

Post a Comment