Wednesday, April 16, 2014

Sharing This :: K4P5

Ehem...Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum semua. Jannjangg!!
Sekarang study week, next week dah start exam then on the 29th, aku akan tinggalkan matrik.
Perasaan? Sedih. Gembira. Excited. Keliru. Bercampur-campur umpama ABC, rojak buah dah. Atau pesembor.
Tapi bukan itu yang aku nak cakap untuk entry ni. Aku nak cerita pasal this one big family, my practicum, K4P5.
Apa aku nak cakap ya pasal kelas aku ni. Terdiri daripada 24 orang pelajar, yang asalnya ada 26, 4 lelaki dan selebihnya gadis-gadis. Kalau aku kena pilih satu perkataan untuk describe kelas aku ni, aku pilih SIBLINGS.

Kenapa siblings? Adik-beradik. Sebab bila ada adik-beradik yang ramai, pelbagai rasa lauk korang akan rasa.  Pahit, tawar, manis, masam, masin, pedas. Akan ada satu masa tu korang akan rasa semua sekaligus. Like explosion! Tapi semua inilah yang aku akan rindu. Dengan semua drama yang ada setiap hari!


Kenapa drama? Cause satu hari takde drama memang tak sah. Drama komedi ada, sinetron ada, seram, cinta-cintun klise dimasukkan dalam satu hari. So memang akan ketawa je sepanjang masa. Air mata tu bukan lagi benda asing. Air mata yang akan digelakkan juga sebab kitorang just tak boleh dipisahkan dengan kegembiraan. Hahaha, ayat aku dah start mengarut. 

Kita rindu sekolah tapi yang sebenarnya kita rindu kawan-kawan kita kan? Kita rindu nak bergurau-senda dan bermain dengan diorang. Lepak-lepak. Tapi kita akan jumpa dekat sekolah je. Dan most of our daily life will be spent with our family. Tapi dekat sini? Jauh dari parents and family, kita akan bergantung dekat kawan-kawan yang kita sentiasa bergurau-senda. Ikatan yang terbina tu akan jadi lebih kuat. Mungkin aku je yang tak pernah rasa begini sebab aku budak sekolah harian. Paling teruk aku rasa masa PLKN tapi tu 3 bulan je. Ni setahun aku makan, belaja, dok menghadap muka diorang untuk setahun. 

Dan aku bukanlah jenis yang senang nak luahkan perasaan. Aku jenis pendam so aku memang teruk bila nak luahkan apa yang aku rasa. Tapi aku sangat bersyukur diketemukan denga korang. Terima kasih dan maaf tak cukup untuk membuktikan rasa kesyukuran aku. Kalaulah aku boleh tulis apa yang aku rasa dan terbangkan ke seluruh dunia supaya semua tahu. If only I can do that.











Param diram param diram~



K4P5 - Don't Break The Bond

Last lecture with the big family

Sunday, April 13, 2014

Counting Days

Assalamualaikum.

Sekarang aku tengah mengira hari. Berapa hari lagi aku bakal menduduki PSPM 2, berapa hari lagi aku bakal meninggalkan KMPP, berapa hari lagi aku dapat bersama dengan semua kenalan aku dekat sini, berapa lama lagi aku dapat menjadi stalker.

Tiga empat minggu lepas adalah musim kemarau. Kering sana sini, sampai kebakaran berlaku tiba-tiba. Air tasik jadi kurang. Then one fine day, ribut datang. Masa tu aku baru balik dari last match untuk budak sofbol. KMPP lawan SMKSJ. Hari tu juga merupakan hari terakhir budak2 akaun niaga untuk minggu usahawan diorang. Ribut masa tu. Wahhh... Angin kuat sangat sampai semua khemah nak terbang, barang-barang pun terbang. Even duit yang diorang dok kumpul pun terbang. Rina punya rambut siap terbakar lagi sebab terkena arang yang terbang. Petang tu memang ribut sesangat. Then malam tu Harith Iskandar datang. Jannjaann... Banyak kali jugalah ribut melanda. Yelaa... Dah lama kemarau, semua dok mintak2 hujan. But the best part is lepas segala kemarau dan ribut, KMPP diceriakan dengan warna pink putih. Pokok bunga semua berbunga. Serious lawa. Bak musim bunga sakura. Dan ya, semua buat photoshoot.

Then Pn. Noriati bagitau. Sebenarnya bila dia nampak bunga ni berkembang dia tahu. Dah tiba masa kita berpisah. Yup, tinggal 3-4 minggu lagi je kitorang dekat sini. For both PST and PDT4. Seminggu lagi untuk kelas, seminggu study week means everyone either study in their room or 'study' in their dream dan seminggu untuk PSPM2. Then goodbye it is.

Kalau nak aku cerita semua perjalanan aku dekat sini memang tak laa... Either terlalu banyak atau aku sendiri dah lupa. Hahaha...
Sebab dekat sini aku ada kakak dan adik2 perempuan bernama SYAMIZAA.
Dekat sini aku kenal keluarga K4P5 yang taknak putuskan bonding.
Aku mula join usrah bila aku jadi ahli brotherhood.
Aku actually main sofbol instead of jadi scorer je.
Aku pegang raket tenis.
Aku jadi photographer.
Aku jadi stalker.
Aku jadi perempuan(?)
Aku jadi budak yang rajin.
Dan semua tu ada cabang2 dia lagi.

Ingat tak masa aku masuk PLKN. Tiga bulan je tapi hari last, bajet nak control cool tapi bila Ting Ting nangis, aku tak boleh nak kawal. Sebab aku tahu apa yang dia rasa. Tu baru tiga bulan. Ni, setahun aku bangun, tidur, mandi, makan, main, study, pedajal orang sama-sama. IDK.

Aku nak membebel lagi tapi bila terlalu banyak yang nak diperkatakan, aku jadi blur. Semua dah taknak keluar. Macam bila korang dah susun ayat punyalah baik macam ayat SPM BM A+ tapi bila berhadapan dengan orang, semuanya terabur. Hahaha...