Wednesday, November 13, 2013

Mimpi Dramaku

Assalamualaikum semua~~

So, seperti semua orang semalam aku bermimipi. Tapi mimpi ni berdrama sikit laa... Mungkin banyak. Dan bila aku bagitau kawan aku apa yang aku mimpi, dia pun cakap, "bile je mimipi ko tak macam drama?" Aku rasa terluka dan bangga di waktu yang sama. Weh, bangga laa... Manalah tau mimpi aku jadi drama TV3 ke... Haa...
Cerita dia camni...

Ada seorang lelaki ni... Dia keje sebagai cegu sekolah rendah dekat sebuah sekolah swasta yang ada dari tadika dampai universiti tu... Alaa... Macam cite Boys Over Flower tu. Tapi dia ada keje lagi satu, gigolo or pisau cukur camtu laa...(Kelakar bila fikirkan laki yang jadi pisau cukur). Dia cikai duit datin2 dan anak2 dato'. Tapi aku rasa dia ni tak layan jantan laa... Nama dia aku tak tau so aku namakan dia Amir.

So, dijadikan cerita lepas habis sekolah rendah dia akan lepak dekat bahagian penjagaan kanak-kanak. Baby to preschoolers. Kiranya dia rapat gak dengan makcik-makcik yang tolong jagakan baby-baby ni. Dan dia selalu perasan ada seorang budak ni, parents dia selalu ambil dia lambat. Budak-budak lain dah balik, dia tak balik-balik lagi. Dan dia rasa sayang sangat kat budak ni. Selalu gak laa dia main dengan budak tu tapi dia tak pernah jumpa parents dia sampai satu hari. Satu kereta porsche (kot) warna kelabu metalik berhenti then ada seorang perempuan seksi keluar. Dia tergesa-gesa then bila dia perasan Amir, dia tergamam. Amir pun sama. Their memories play inside theirs head. Tetiba bunyi hon kereta.

Orang dalam kereta :: Woi! Cepatlah ambil anak tak guna kau tu! Pergi gatal dengan laki tu kenapa? Cepatla, sial! (Then perkataan berbintang)
Mona(aku bagi nama) :: We need to talk. Later, Amir!

So diorang jumpa........ Tanpa pengetahuan pakwe Mona of course.

Amir :: Apa yang kau nak cakap?
Mona :: That kid, she's yours.
Amir :: What?!
Mona :: Remember four years ago? We hooked up? She's the product.
Amir :: (smirk) Then? She's yours too... Aku tengok dia sihat je.
Mona :: Look. I akan kahwin dengan Syaq and he doesn't like kids.
Amir :: Shaq?
Mona :: My boyfriend. The one in the car.
Amir :: Ahh... That (perkataan berbintang)
Mona :: Watch your mouth. He's caring. (Amir smirk lagi) Well, to me he is! And I nak you ambil Lia.
Amir :: It's you yang nak kahwin dengan binatang. Kau selesaikanlah sendiri. Chio! (Amir minum sikit air dia sebelum blah)


So lepas kejadian tu dia dah tak lepak dekat daycare tu lagi. Lagipun dah masuk minggu pekse. Dia bizi lah konon.

Guru besar :: Amir, nanti I nak you uruskan pembahagian paper ikut kelas. Dekat bilik kebal nanti ada seorang pegawai jaga. You'll deal with her.

Sebagai buaya, bila jumpa dengan pegawai tu Amir tak melepaskan peluang. Nama dia kononnya Suria la.. Sedap nama Suria tu. Instead of bahagi-bahagi paper ikut kelas, they hooked up. Yeah, mimpi aku teruk sikit. And they start dating.

Dijadikan cerita, Amir bawa Suria pergi satu tempat. Masa itu malam dan hujan renyai-renyai. Nak cari tempat berteduh diorang masuk satu ladang. Ladang tertutup lama milik bapak Suria. Amir ambil baju yang tersangkut dekat ampaian untuk lindungi Suria dari kena hujan. Then they keep on running sebelum berteduh bawah pokok.

Suria :: Awak tau, saya selalu main dekat sini. My childhood starts here.
Amir :: Seriously? This is my territory. I membesar dekat sini laa.
Suria :: Haha... Laa... Kita membesar dekat tempat yang sama ke? Saya dah agak dah jodoh kita kuat!

Amir tersenyum before he leans closer, trying to kiss her. Tapi Suria sempat sedar sebelum tolak muka Amir sebelum ketawa.

Suria :: Not here! Once is enough! Come on!

Hujan dah berhenti. Amir sidai balik baju sebelum pegang tangan Suria. Diorang jalan pergi rumah lama Suria. Pintu terbuka dan ada sebuah keluarga tengah tengok TV. Amir nampak budak kecik pakai baju merah tengah main seorang diri, dia teringat anak dia. Lia selalu main sorang-sorang. Dan dia tak suka keluarga tu. Terlalu harmoni. Tak macam keluarga dia, sebab utama dia taknak berkeluarga!

Suria :: Saya nak duduk dekat laman diorang laa...
Amir :: Haa?? *amenda pulak minah ni!*
Suria :: I just nak rasa balik childhood saya. Satu hari nanti, jom bawak anak-anak kita datang sini. Maybe beli rumah ni. I had a strong attachment dengan rumah ni. Jom bersapa dengan keluarga ni.
Amir :: Then nak cakap apa? 'Hai, saya datang nak duduk dekat laman awak sebab ni rumah lama saya'?
Suria :: Haha. Saya nak keluarga kita nanti harmoni macam kelurga ni, tau!
Amir :: Dahlah. I nak balik. Jom!

Suria ikut je walaupun dia memang nak masuk rumah tu. Diorang jalan-jalan sambil enjoy angin malam yang sejuk. Suria membebel pasal bintang malam tu yang cantik lepas hujan dan Amir malas nak layan. Tetiba dia ternampak seorang pakcik yang dia takut sangat masa kecik sebab muka pakcik tu garang dan pakcik tu suka kacau budak tapi sebenarnya pakcik tu penyayang sangat. Pakcik tu tengah main dengan anak dia.
(Okay, dalam mimpi aku dia balik teddy bear anak dia yang masih kecil sambil konon-konon marah. Dia cakap anak dia tu suka sangat pergi jalan-jalan, so dia suruh anak dia pergi. Tapi dia main-main je sebelum masuk)
Apa yang pakcik tu tak perasan, pagar tak berkunci. Anak dia buka pagar, ambil teddy bear dia kat tengah jalan sebelum duduk je dekat situ. Ada motor tapi dia elak sebelum buat U-turn untuk selamatkan baby tu. Ada kereta datang, penunggang tu cuba halang tapi kereta tu dah gilis budak tu. (And it is so clear macam mana rupa baby tu kena gilis dalam mimpi aku) The car stop and a few other car behind it stopped. Making a ruckus. Suria nampak dan dia menjerit sebelum Amir tarik dia dan peluk. Bapak budak tu keluar dengan mak dia. Bapak dia terduduk, menyesal sementara mak dia menjerit sebelum pergi ke anak dia.

A few weeks later, Amir jumpa Suria. Nak minta putus. Suria tanya kenapa dan Amir jawab dia lebih sayangkan Lia (tanpa explain siapa Lia so Suria ingat Amir dah ada perempuan lain) Amir kena tampar tapi dia tak kesah. Amir jumpa Mona pulak.

Amir :: Aku akan jaga Lia.
Mona :: Thanks. I appreciate it. Just one thing, boleh you contact I bila Lia nak kahwin nanti?
Amir :: No. I do this for her. And hell no. She'll be mine. Sebab kau 'dah mati'. Kau takkan muncul lagi dalam hidup dia. Faham? Aku tak kesah la dia nak kahwin ke, dia nak bersalin ke, kau takkan ada disitu. 

Tanpa sempat Mona nak cakap apa-apa, Amir dah blah tinggalkan Mona menangis disitu. Dia takkan wujud lagi dalam hidup Lia. Dia yang pilih jalan ni... Amir besarkan Lia seorang diri. Dia sayang Lia dan dia taknak kehilangan Lia. Suria pun dapat tahu pasal Lia, dan cuba nak berbaik dengan Amir tapi Amir taknak. Dia hanya jadi kawan baik Amir je.



Cenggitulah mimpi aku... Mimpi aku banyak flashback so susunan cerita dia pening sikit. Ni aku dah susun balik la... Dah, TAMMAT

-Aku patut buat tuuuu tapi... Malas-

No comments:

Post a Comment