Sunday, November 17, 2013

Inspiration

Assalamualaikum... Salam sejahtera dan selamat malam...

Running man sudah menjadi satu fenomena sekarang. Siapa je tak kenal Running Man maka dia menipu. Yelaa... Either dia memang tak buka internet atau dia tak bergaul dengan orang atau dia saja je taknak mengaku dia tahu pasal Running Man. Aku bukan nak cerita pasal Running Man ataupun nak membangga-banggakan rancangan tu. Bukannya dapat apa-apa pun. Tapi aku nak cakap pasal salah seorang member dia iaitu Kang Hee-gun a.k.a Kang Gary(Monday Couple).


Dia ni, bersama kawan dia Gil adalah rappers duo. Dah menghasilkan 8 buah album, at least ada satu lagu yang meletup dalam tu. Asalnya ada tiga orang tapi dia dah keluar. Lagu dan lirik semua diorang uruskan. Ada syarikat sendiri walaupun bawah naungan syarikat lain.

Kenapa aku tetiba gedik nak bagitau pasal diorang ni? Well, sebab apa yang diorang lalui buat aku rasa, bersalah...? Aku tak lalui banyak kesusahan macam diorang tapi aku banyak mengeluh. Oh, dan bangga for some reason.


Kita mulakan dengan si kiut Gary (aku suka Gary ni. Biarlaa ^///^). Dia ni pernah masuk dua kumpulan(something like that), X-Teen(kot) dengan Honey Family tapi dua-dua kumpulan kena berpecah. Dia cakap mungkin sebab dia takde bakat dan tak hemsem. Lantaklah kalau tak hemsem. Apa? - 'orang vangang' je 'dengar lagu pakai mata'. Dia pernah tolak kontrak dari SM. Ent. Bagi sesiapa yang tak tau pasal SM.Ent, tu company yang menghasilkan Suju, SNSD dan EXO korang. Cam cool je tolak offer dari SM. Ent siottt. Dia pernahmasuk sekolah yang melatih pelajar dia jadi pegawai presiden. Dalam umur dia 30 tahun, dia belajar BI, skating dll dengan bersungguh-sungguh. Dia jujur (tengok jelaa dalam RM, jadi spy pun teruk), setia kawan dan awesome, not to mention, a gentleman! Weh, kalau aku nak cari laki, aku nak cari yang macam Gary tau! Mostly ciri-ciri laki yang aku nak dia ada.

Enough with him, Gil pulak. So, aku tak tahu sangat pasal Gil sebab aku lebih berminat dekat Gary tapi tadi aku buka wikkeeyy, dia ceritalah pasal Gil dekat Infinity Challenge. Gil ni sebenarnya menggantikan orang tapi jadi ahli tetap. Mula-mula orang tak suka dia sebab dia tunjuk perangai spoil & vulgar. Yela, aku tahu diorang kena jaga imej tapi kalau jaga sangat korang cakap bukan-bukan. Okay, bukan korang tapi masyarakat sana~~ Last-last dia duduk diam je dekat tepi, tu pun orang marah. Haihhh....

Pernah sekali diorang tak keluar tv. Gary berhenti RM, Gil berhenti Infinity Challenge. Sebab diorang anjurkan konsert amendentah then orang cakap diorang jual tiket mahal. (Aku taknak cakap pasal tu. Lagi benci aku kangg). Kiranya diorang merajuk laa... Tapi diorang datang balik kan? Sebab peminat diorangla.
Certain penyanyi 'senior' tak suka idol a.k.a group kpop yang muda-mudi ini. Mungkin sebab periuk nasi kena kacau. Penipu laa kalau diorang boleh suka orang yang kacau periuk nasi diorang, kan? Tapi Leessang ni, dia nampak orang yang bersungguh-sungguh minat dengan lagu, diorang ajak buat lagu sesama. Terbaru diorang ajak seorang rockers lama buat lagu sama-sama dan jadi hits siott!! Sebelum ni nak ambil award pun pak guard halang sebab diorang tak feymes. Maybe sebab diorang perfer underground better, kot. Sebab tu tak dikenali sangat.


Apa yang aku bangga sangat dengan diorang ialah dah berapa tahun, dekat 15~20 tahun gitu tapi diorang masih setia dengan kawan-kawan diorang. Diorang buat apa yang diorang nak buat, diorang tulis apa yang diorang nak tulis sebab diorang berpegang dengan prinsip yang menyesal di waktu tua sebab waktu muda sihat tak nak buat.


Maybe korang tak pernah tahu pasal diorang sebab bila cakap pasal korea, benda pertama yang ada dalam otak korang k-pop kan? Tak pun drama-drama diorang. Well, diorang ni hip-hop so mana masuk kategori k-pop. Dan kenapa aku suka diorang? Sebab aku dah naik bosan dengan k-pop. Pusing-pusing lagu 'jatuh cinta', 'putus cinta'. Dan siapa yang cerita pasal hidup ni mostly artis tu korang tak kenal. Diorang pun takdelah nak cantik, comel sangat. Tapi bakat yang diorang ada tu lagi penting. Okay, lepas ni aku nak cerita something! Haiihhh... Kendian-kendian!

Back to the main story! Korang trylah dengar lagu diorang sikit.

Cerita kesusahan diorang tu je aku nak cerita. Bukan aku nak jadikan diorang idola aku ke hapa, tapi ambil pengajaran dari hidup diorang. Takkan datang putih tanpa hitam. (hash tag, inspirational quotes)


-Kang Gary, o(^///////^)o
-Okay, dah start gedik jap. Bye!

No comments:

Post a Comment