Sunday, February 1, 2015

SUGEESTION! DRAMA

Assalamualaikum.

Hari ni 150201, 1219. Dan aku masih tak boleh nak hentikan ke-excited-an ni. Bertenang dulu.
Okay. Aku nak mencadangkan dua buah drama yang buat aku "wahh... finally jalan cerita dia tak cliche dan bosan". Siapa yang kenal aku mungkin tahu aku suka baca buku yang cerita dia pasal psikologi, jenayah dan fiksyen. Aku tak kesahlah korang nak label aku ni psycho ke, (ye Ayu. Aku cakap pasal kau) apa ke tapi aku suka baca buku macam tu sebab tu realiti. Bukan semuanya indah belaka. Lainlah buku-buku fiksyen tu. Mana mungkin alien tu takkan hidup aman dengan manusia. Manusiakan baik. Dan mungkin sebab aku lebih cenderong(kalau salah, diam je. BM aku dah makin teruk) kepada gerne tu, aku dah naik bosan dengan drama-drama typical korea.

Tapi ada dua drama yang buat aku tak senang duduk. Bila episode seterusnya nak keluar. Bila subbers nak letak english subtitle (sebab siapa je paham korea, jepun). Kenapa episode ni ending dia buat orang nak tengok episode seterusnya. Damn, cepatlah minggu depan datang.

1. Pinocchio

Trantantann... Dibintangi DalPo a.k.a JaeHaMyung, Choi In Ha(Park Shinhye), Yoon Yorae dan BumJoo. Ya. Aku tak ingat nama-nama mereka. Siapa hero tu. Jongsuk. Dia pernah belakon dalam School 2013 tapi aku tak tengok cerita tu walaupun ada Wonbin. 
Cerita dia pasal Choi In Ha yang ada penyakit Pinocchio, kalau dia menipu dia tersedu (tapi benda ni tak wujud. Bayangkan dia wujud. Hahahahaha), dan walaupun dia tahu dia takleh menipu dia nak ikut jejak langkah mak dia yang merupakan seorang wartawan yang kuat menipu. Seriously, kalau korang layan cerita ni korang akan benci gila dengan mak dia, kerjanya menipu je. Dal Po pula sebenarnya Jae Ha Myung yang keluarga dia hancur, bapak dia dilabel sebagai pembunuh, kena hentam habis-habisan, mak dia bunuh diri dan terpisah dari abang dia sebab mak Choi In Ha. Dia mulanya benci wartawan tapi dia jadi wartawan juga atas sebab yang aku malas nak cerita. Tapi cara dia balas dendam tu buat aku rasa gembira. Padan muka kepada mereka yang dia aim tu. BumJoo pula anak orang kaya tapi jadi wartawan sebab dia crush dengan Choi In Ha. Yoon Yorae ni kuat perasan, narcissist tapi kelakar. 
Kenapa aku suggestkan cerita ni? Sebab dalam dia ada drama chenta tu, ada drama yang buat orang sakit hati, suspen, frust, ada elemen lawak yang dia masukkan dalam setiap episode sebab certain drama lawak dia episode awal je, pastu drama air mata sampai habis . Ah, dan Jongsuk tu cute. Bukan muka dia, tapi kengkadang apa dia buat tu cute. Dan Park Shinhye. Ye, aku mengaku ramai tak suka dia. Tapi watak dia dalam ni, dia sangat tabah. Tak macam dalam The Heirs. Lembik. Dia banyak sembunyikan sedih dia supaya DalPo kuat untuk balas dendam dekat mak dia sendiri. 
Pastu ada Chief Hwang, atok Choi In Ha yang suka cikai duit orang, bapak Choi In Ha yang kelakar. Haa, Tengok jelah. Tak menyesal pun. Menyesal sebab addicted mungkin. 

2. Healer

Ah, Donghae. Hmmm... Donghae... Okay, selain Donghae atau nama sebenarnya Ji Changwook, Park Miyoung dan Yoo JiTae pun membintangi cerita ini. Haa, aku seriously tak kenal diorang pun. Selalunya aku panggil diorang dengan nama watak diorang je (sebab tu Donghae bukan Changwook). Tapi malangnya nama watak diorang dalam drama ni pun aku tak ingat. Aku just tahu, dia ni, dia tu, abang dia tu, ahjumma hacker tu, cikgu Donghae, budak high-kick tu, polis tu, orang jahat tu, oh...dia ni, siapa dia tu, dan dia.
Cerita dia pasal Healer ni, nama samaran seorang kurier yang buat apa je jenis kerja kecuali membunuh or etc. sebab dia nak duit, beli pulau. Dan dia sentiasa biarkan semua atas nama bussiness je. Tau tak macam mana. Macam, dia takkan tanya nama orang yang upah dia atau kenapa orang tu suruh buat macam tu. Orang suruh, dia buat, orang tu bank in duit, done! Dan ada seorang makcik hacker ni. Wahh, dia boleh hack ketapi bawah tanah, database polis semua. Aku jumpa impian aku tengok cerita ni. Kalau aku tak mampu jadi Healer yang dok pakour sana-sini, cool nak mampuih, aku nak jadi hacker tu.
Okay, suatu hari ada seorang client minta Healer cari seorang perempuan ni yang ada kena mengena dengan hidup lima sekawan. It's too complicated. Nanti tengok sendiri. Dan suatu hari dia jadi wanted atas sebab membunuh. Dia dah memang jadi wanted lama dah tapi kali ni memang wanted giler-giler punya. Tapi dia tak membunuh. Dan dia suspek perempuan yang jadi 'misi' dia tu umpan. Dia nak tahu siapa yang salahkan dia membunuh dan cerita lima sekawan tu. Ok, Salah seorang dari lima sekawan tu bapak dia, cikgu dia dan ada sepasang kekasih. Dan bapak dia dituduh membunuh tapi belum sempat bapak dia buat apa-apa, bapak dia dijumpai bunuh diri. Tapi rekod jenayah semua takde. Tau, rekod. Macam interview, testimoni apa semua takde.


Tu jelah. Aku stay up dok habiskan 16 episode dari malam semalam sampai sekarang, mata aku dah ngantok giler. 16 episode pun bukan ending dia lagi. Aku kena tunggu lagi 4 episode!! Damn you, addiction!!!

Aku rasa kan, bila dipikir balik, aku layan cerita ni bukan je sebab suspen. Mungkin sebab kenyataan yang hak orang yang takde kuasa ditindas oleh orang yang berduit dan berkuasa. That's how corrupted the world right now.




::ranting::
Aku rasa drama yang famous dekat korea tu ada something wrong lah. My Lovely Girl, The Heirs, The Man From The Star mungkin tak ngam dengan jiwa aku yang malas nak melayan melodrama. Semua dibintangi pelakon famous tapi..................................


Saturday, September 20, 2014

Welcome to...uhhhh

Assalamualaikum. Hai

Hai, hai hai. Hai. Sejak dua minggu lepas aku dah selamat bergelar pelajar universiti yang namanya dirahsiakan. Okay, UMT. Sangat kelakar bila aku dapat tahu aku dapat dekat UMT ni haa. Sebab ayah aku orang sini, mesti dia dengan gembiranya ambil dan hantar aku kalau aku minta. Tapi benda bodohlah. Gedik sangat sesuka hati je menyusahkan orang tua.

Aku orang Johor. 18 tahun setengah aku menetap dekat sana, mencipta sejarah disana(cewahh). Tahun lepas aku kena angkut ke Penang sebab aku sambung matrik setahun dekat sana. Setahun duduk sana, bolehlah dikatakan aku senang duduk sana. Jadual sangat packed tapi suasana dia okay. Berbanding................ sini.

Ya, aku masih lagi nak adaptasi suasana disini. Selalunya aku boleh je adapt dengan tempat baru dengan cepat. Seminggu dua aku dah boleh ada kawan, tahun tempat, harga semua. Tapi sini? Nak cari kawan susah. Baru dua jam lepas berborak sakan then bila takde kena-mengena lagi, terus tak kenal. Senyum pun taknak. Yes, aku cakap pasal kakak yang menangis kena bahan dengan orang pastu mengadu kat aku then bila aku kena keluar palapes terus buat tak kenal. Hope you'll die in there.

Makanan? Aku makan je apa yang aku dapat sebab aku dah bayar tapi abang, kakak, makcik, pakcik, kalau nak bisnes jalan baik, tolong jaga pelanggan bebaik sikit. Aku tak kesahlah kau tengah PMS ke, baru cerai ke, sakit perut ke tapi jangan nak belagak sangat. Jangan tamak sangat. Seriously. Recently kawan aku naik van ke kelas sebab dia nak mencuba. Pepagi dia naik 40sen tapi tengah hari, time orang tak ramai dia mintak 80sen. Maybe korang cakap, "Eyyy, 80sen je" . Tapi untuk aku yang hargai setiap satu sen yang keluar, bila benda tu kena naik dua kali ganda harganya dalam sekelip mata tu memang bodoh!

Macam mana aku nak sampaikan ek? Mereka ni, mentang-mentang benda yang mereka jual tu diperlukan jadi mereka sengaja naikkan harga. Terutama sekali kepada para pelajar. Sebab bila kau tu budak U, maka kau anak orang kaya sebab mampu bayar yuran semua jadi kau pun mampu belanja duit bebanyak jadi takpelah kalau mereka naikkan harga.

Okay, benda yang aku bakal sampaikan ni mungkin agak kurang ajar tapi pihak berkuasa Terengganu, silalah jalankan tugas anda. Aku dah cukup stress dengan suasana sekitar dengan bilik yang sempit nak mampus tapi kena kongsi 4 orang, dengan layanan yang paling 'baik' aku dapat, campur dengan orang sekeliling dan harga yang mencekik darah. Aku dah cukup stress dengan semua tu, aku nak pergi tenangkan diri, jenjalan dan memandangkan UMT sebelah pantai, at least aku boleh hirup udara segar. Tapi, shit.

Kepada pihak yang bertanggungjawab Terengganu, tolonglah buat sesuatu tentang sampah-sampah yang sepah macam nokharomm tu. Aku tak tahulah maybe konsep disini yang tak kutip sampah ke apa sampai orang sini bawak sampah dari rumah campak dekat mana-mana ke apa. Atau memang sampah bersepah-sepah tu memang trademark ke apa. Seriously, shit laa. Shit.


Sekian, rant aku kali ni.
Takde gambar sebab aku tengah marah. Ingat ni buku cerita bebudak?! Maaf. Bye

Thursday, May 29, 2014

PEROKOK

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak menceritakan menyatakan kebencian aku terhadap rokok. Bukan, untuk lebih tepat, PEROKOK. Ya, aku benci perokok.


Sebagai seorang warga yang tidak merokok, aku tak paham keseronokan merokok mahupun keinginan untuk membunuh diri secara pelahan para perokok sekalian ataupun cubaan membunuh orang sekeliling dengan asap rokok. Namun, aku taknak mati sebab rokok. Aku sangat benci bau rokok. In fact, sekali aku bau asap rokok, aku menyumpah orang tu mati dengan segera. Tapi doa yang macam tu mana boleh kan? Boleh dikatakan itu isi hati aku.

Dan aku tak paham kenapa ada perempuan yang boleh tahan dengan kekasih atau suami yang merokok. Aku ambil yang senang sikit la. Aku tak tahu kenapa si awek tak tinggalkan je balak dia yang smoking. I mean, come on laa... Muka hemsem mulut gula poket tebal tapi hati gelap buat apa?

Sekarang tengah dok kecoh pasal Cadbury tu haram. Banyak juga la aku nampak si laki cakap,
Tahu Cadbury haram tapi tak tutup aurat taknak kecoh pulak
Tapi kenapa takde siapa pun nak kecoh, merokok tu makruh? Bukan ke buat sesuatu yang makruh berterusan menjadi haram? Kenapa takde sorang pun kecoh pasal kenyataan ni? Bukan aku membela si perempuan yang dedah aurat. Benda itu pun dosa tapi kali ni pasal si perokok kan?

Nak salahkan si ibu bapa yang tak mendidik anak dengan betul? Si bapa cakap jangan namun si bapa buat. Si ibu terlalu lembut dan sayangkan anaknya sangat. Nak salahkan kawan-kawan si anak. Nak buat macam mana, si kawan pun belajar dari masyarakat. Tak payah nak menunding jari. Mula dengan diri sendiri. Kalau berjaya tahan nafsu, tahniah. Anda berjaya.

Merokok ni semua nafsu. In the end, perokok ni adalah orang yang tak reti kawal nafsu. Jadi mahukah anda mendapat pasangan hidup yang tak reti mengawal nafsu? Dan aku bukan nyatakan si perokok ni lelaki sahaja, tapi perempuan pun sama saja.

Sebab ramai yang kata, merokok untuk melepaskan stress. Alasan yang sama dipakai oleh si penagih dadah, pembunuh dan penjenayah. My advise, baik ambil Al-Quran dan baca. Berimanlah kepada Al-Quran.

Terima Kasih.

Wednesday, April 16, 2014

Sharing This :: K4P5

Ehem...Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum semua. Jannjangg!!
Sekarang study week, next week dah start exam then on the 29th, aku akan tinggalkan matrik.
Perasaan? Sedih. Gembira. Excited. Keliru. Bercampur-campur umpama ABC, rojak buah dah. Atau pesembor.
Tapi bukan itu yang aku nak cakap untuk entry ni. Aku nak cerita pasal this one big family, my practicum, K4P5.
Apa aku nak cakap ya pasal kelas aku ni. Terdiri daripada 24 orang pelajar, yang asalnya ada 26, 4 lelaki dan selebihnya gadis-gadis. Kalau aku kena pilih satu perkataan untuk describe kelas aku ni, aku pilih SIBLINGS.

Kenapa siblings? Adik-beradik. Sebab bila ada adik-beradik yang ramai, pelbagai rasa lauk korang akan rasa.  Pahit, tawar, manis, masam, masin, pedas. Akan ada satu masa tu korang akan rasa semua sekaligus. Like explosion! Tapi semua inilah yang aku akan rindu. Dengan semua drama yang ada setiap hari!


Kenapa drama? Cause satu hari takde drama memang tak sah. Drama komedi ada, sinetron ada, seram, cinta-cintun klise dimasukkan dalam satu hari. So memang akan ketawa je sepanjang masa. Air mata tu bukan lagi benda asing. Air mata yang akan digelakkan juga sebab kitorang just tak boleh dipisahkan dengan kegembiraan. Hahaha, ayat aku dah start mengarut. 

Kita rindu sekolah tapi yang sebenarnya kita rindu kawan-kawan kita kan? Kita rindu nak bergurau-senda dan bermain dengan diorang. Lepak-lepak. Tapi kita akan jumpa dekat sekolah je. Dan most of our daily life will be spent with our family. Tapi dekat sini? Jauh dari parents and family, kita akan bergantung dekat kawan-kawan yang kita sentiasa bergurau-senda. Ikatan yang terbina tu akan jadi lebih kuat. Mungkin aku je yang tak pernah rasa begini sebab aku budak sekolah harian. Paling teruk aku rasa masa PLKN tapi tu 3 bulan je. Ni setahun aku makan, belaja, dok menghadap muka diorang untuk setahun. 

Dan aku bukanlah jenis yang senang nak luahkan perasaan. Aku jenis pendam so aku memang teruk bila nak luahkan apa yang aku rasa. Tapi aku sangat bersyukur diketemukan denga korang. Terima kasih dan maaf tak cukup untuk membuktikan rasa kesyukuran aku. Kalaulah aku boleh tulis apa yang aku rasa dan terbangkan ke seluruh dunia supaya semua tahu. If only I can do that.











Param diram param diram~



K4P5 - Don't Break The Bond

Last lecture with the big family